AL-EBREIZ LANCAR ALADEENGOLD APLIKASI DAGANGAN EMAS ISLAMIK
Perdagangan emas telah terbukti dapat menawarkan keuntungan sebagai aset yang dianggap selamat sejak zaman dahulu lagi. Memandangkan keadaan pasaran saham yang tidak stabil pada masa kini, pedagang boleh memilih emas untuk melindung nilai pelaburan mereka daripada inflasi. Dengan permintaan untuk emas yang semakin meningkat, harga emas pastinya semakin meningkat dan boleh dijadikan sumber pelaburan yang menguntungkan.
Al-Ebreiz Global Capital Berhad telah mencipta AlaDeenGold, satu cara mudah bagi orang ramai untuk berdagang dan memiliki emas fizikal tanpa adanya penyimpanan dan kebimbangan keselamatan fizikal yang bakal mencetuskan gelombang baharu kewangan hibrid patuh syariah.
Majlis Pra Pelancarannya ‘Masa depan Kewangan Islamik Hibrid’ telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al Ebreiz Global Capital Berhad, Mohd Norzam Dato Muhammad dan juga Timbalan Presiden Teknologi Al Ebreiz Global Capital Berhad, Hamid Rashid.
AlaDeenGold merupakan cara menyimpan emas melalui aplikasi digital app yang membolehkan para penggunanya berdagang dan memiliki emas secara online. Aplikasi e-dompet ini dibangunkan secara Islamik dan mematuhi Syariah yang akan mengubah cara anda membeli, menjual dan menebus emas.
Menggunakan teknologi blockchain, AlaDeenGold disasarkan dapat mengubah sistem ekonomi moden sebagai sistem kewangan Islam yang berdasarkan keadilan dan tanpa faedah atau riba.
Al-Ebreiz juga dalam proses memperkenalkan Dinar dan Dirham, wang fizikal yang diperbuat daripada emas dan perak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Comments
Post a Comment