CASH FARHAN LAGUKAN KISAH DIRINYA DALAM "KU BERHARAP"


‘Kaulah yang terbaik,yang pernah ku miliki, open ups your arms, start moving on, I gotta let you go’ antara baik-bait lirik yang menyentuh hati di dalam single terbaru Cash Farhan yang bertajuk Ku Berharap hasil tulisan Cash Farhan sendiri dengan kerjasama Ewal dan lirik sepenuhnya oleh Cash Farhan. 


Muhamad Asyrol Farhan atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan merupakan seorang penyanyi , komposer dan penulis lirik . Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Januari 1996 di Hospital Besar Kemaman, Terengganu. 

Cash Farhan mula berjinak di dalam bidang muzik ketika beliau melanjutkan pelajaran di Yonsei University , Korea Selatan pada tahun 2016 . Menarik tentang Cash Farhan, selain menyanyi beliau juga mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan juga Bahasa Mandarin.


Selepas pulang ke tanah air beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang muzik di Academy Of Recording Arts. Cash Farhan mengorak langkah pertama dalam menceburi industri muzik tanahair ini dengan menghasilkan single pertamanya pada tahun 2019 yang berjudul ‘Trust’. Lagu tersebut berjaya mendapat tontonan hampir 60,000 di Youtube. Selepas itu, beliau menghasilkan 3 lagu dalam berkumpulan bersama Big Shot Squad iaitu Big Shot Anthem, Ini Tanah Kita dan Hari Mulia. 

‘Ku berharap’ merupakan single kedua Cash Farhan. Lagu ini merupakan kisah sebenar yang dilalui oleh beliau. Cash Farhan pernah menjalani hubungan mesra dengan seorang gadis dari Korea Selatan namun mereka terpaksa berpisah baru-baru ini dan dari situlah lagu ini tercipta. 


‘Ku Berharap’ menceritakan tentang harapan seorang lelaki kepada bekas kekasihnya yang mana lirik lagu ini lebih kepada luahan hati Cash Farhan sendiri, bukan penulisan yang ditulis melalui imaginasi. Lagu ini juga mempunyai dua lagi versi iaitu versi Inggeris dan versi Korea.

Cash Farhan berhasrat untuk melancarkan kedua-dua versi ini jika lagu ini mendapat sambutan yang memuaskan. Lagu Ku Berharap ini sudah boleh didengari di semua streaming platform dan digital manakala musik video boleh di tonton di saluran YouTube Big Shot Entertainment.


 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM