REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

 

Pelbagai cabaran yang hadir bertubi-tubi di bulan Ramadan ini! Yang terkini, Perintah Kawalan Pergerakan pula akan dikuatkuasakan semula di beberapa tempat di Lembah Klang! Walau bagaimana pun, kita masih dapat merasai makanan yang sedap-sedap dari Chef Wan untuk berbuka puasa dan Hari Raya Aidil Fitri, terima kasih kepada platform katering korporat, SmartBite.


SmartBite merancakkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan kerjasama bersama De.Wan 1958 by Chef Wan dan Café Chef Wan untuk dengan pelbagai juadah bagi seisi keluarga dan hamper hadiah yang menarik.


Kami merasa bertuah dapat merasai Signature Sambals Chef Wan! Setiap kotak didatangkan dengan 4 perisa sambal yang berlainan rasa namun sama sedap. Jom kita lihat apa ada dalam kotak:

Sambal Hijau Ikan Masin gabungan meletup cili hijau dan ikan masin


Ketulan kecil ikan masin yang lemak menjadikan sambal ini lebih menyelerakan.   

Sambal Hitam Belimbing, gabungan lazat buah belimbing dengan cili padi


Masin, masam, manis dan pedas! Semuanya ada! Menjadikan sambal ini penambah perisa yang versatil di meja makan. 

Sambal Tempoyak Petai yang menampilkan gabungan unik durian, udang kering dan kacang Guar.


Lemak dan menyengat! Jika anda sukakan tempoyak, inilah sambal pilihan untuk anda. 

Acar Buah Dewan pula menggabungkan buah sitrus, kulit buah limau, kismis, kurma dan buah pala.


Acar Buah ini sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan penambah perisa yang lebih manis. Ketulan-ketulan buah jeruk pasti menjadikan anda terkecur air liur! 

 

Sebagai Pusat Katering No.1 di Asia Tenggara, SmartBite menyediakan platform penghantaran komprehensif yang memudahkan lagi pesanan makanan dalam talian. Daripada kotak makanan dan dulang perkongsian sehinggalah hadiah korporat dan bufet katering penuh, SmartBite berusaha menawarkan perkhidmatan yang sempurna kepada semua jenis pelanggan.

Sebagai rakan penghantaran eksklusif De.Wan 1958, SmartBite akan membuat penghantaran dalam radius 60km. Pelanggan akan menikmati penghantaran percuma untuk 10km yang pertama, serta penghantaran percuma tanpa had jarak bagi pesanan melebihi RM240.


Sebagai kedai setempat untuk segala keperluan anda, SmartBite menyediakan pengalaman katering yang mantap dan sempurna kepada semua pihak yang terlibat. Berbekalkan liputan di seluruh negara serta perkhidmatan pelanggan yang khusus untuk akaun besar tanpa bayaran tambahan, platform ini turut menawarkan 5% daripada nilai pesanan di De.Wan sebagai ganjaran kesetiaan, dan kod promo 30% untuk pelanggan baru. Anda juga boleh menggunakan kod NEWDEWAN untuk De.Wan 1958 by Chef Wan dan NEWCAFECW untuk Café Chef Wan (diskaun maksimum RM50 untuk De.Wan dan RM20 untuk Café Chef Wan). Tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari: https://trysmartbite.com/restaurants/dewan-dewan-1958-by-chef-wan-bangi atau buat panggilan ke talian bebas tol 1800 82 1881.



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI