FORBIDDEN COMPASS: TOM & JERRY KEMBALI LAGI SECARA EKSKLUSIF DI GSC PLAY SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH INI
GSC Play dengan sukacitanya mengumumkan tayangan eksklusif Tom & Jerry: Forbidden Compass bermula 21 Mei 2026, bertepatan dengan musim cuti sekolah yang bakal tiba. Filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di semua 16 lokasi Play serta GSC Mid Valley, memberikan peluang terbaik kepada seisi keluarga untuk mengimbau semula kehebatan duo ikonik ini di layar perak.
Sejak beberapa generasi, penonton di seluruh dunia telah ketawa, bersorak dan membesar bersama pasangan nakal ini – Tom si kucing licik dan Jerry si tikus pintar. Kejar-mengejar mereka yang tiada penghujung telah menjadi simbol global bagi keseronokan dan persahabatan, merentasi usia dan zaman.
GSC Play menjemput keluarga untuk menghidupkan kembali nostalgia dan merasai gelak tawa sekali lagi – kali ini bersama generasi baharu. Sama ada anda peminat setia sejak dahulu atau ingin memperkenalkan anak-anak kepada watak kesayangan ini buat pertama kali, filem ini menjanjikan pertemuan penuh kehangatan dengan sarat humor, pengembaraan dan pesona klasik Tom dan Jerry.
Ceriakan musim cuti sekolah ini dan bawalah keluarga anda menyaksikan kemunculan semula duo ikonik ini. Sesungguhnya, tiada siapa yang benar-benar meninggalkan Tom dan Jerry. Inilah masanya untuk berkongsi semula kenangan, gelak tawa dan keceriaan di layar besar.
Tayangan eksklusif di lokasi GSC Play bermula 21 Mei 2026:
- GSC IOI City Mall 2, Putrajaya (East)
- GSC KL East Mall
- GSC Mid Valley Southkey, Johor Bahru
- GSC Sunway Big Box Retail Park
- GSC Square One Shopping Mall
- GSC AEON Mall Bandar Dato' Onn
- GSC IOI Mall Kulai
- GSC 1 Utama
- GSC The Starling
- GSC IOI Mall Damansara (dahulunya Tropicana Gardens)
- GSC IOI Mall Puchong
- GSC Subang Parade
- GSC Kangar Jaya, Perlis
- GSC AEON Mall Ipoh Falim
- GSC Kuantan City Mall
- GSC The Spring Bintulu
Filem ini turut ditayangkan di GSC Mid Valley Kuala Lumpur.
Promosi Eksklusif: Beli 1 tiket Tom & Jerry: Forbidden Compass dan dapatkan 1 poskad percuma & Kombo Jimat!
Lengkapkan pengalaman menonton anda dengan promosi eksklusif – beli 1 tiket Tom & Jerry: Forbidden Compass dan dapatkan 1 poskad eksklusif (reka bentuk rawak) di lokasi GSC Play terpilih. Berganda keseronokan apabila pelanggan boleh mengumpul poskad bertema filem yang direka indah. Sama ada disimpan sebagai kenangan istimewa atau dikongsi bersama insan tersayang, ia adalah cenderamata sempurna untuk filem ini. Promosi ini hanya tersedia di lokasi terpilih berikut untuk tempoh terhad selagi stok masih ada:
● GSC 1 Utama, Petaling Jaya
● GSC IOI Mall Damansara, Petaling Jaya
● GSC IOI City Mall 2 (East), Putrajaya
● GSC KL East Mall, Kuala Lumpur
● GSC AEON Mall Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
● GSC AEON Mall Ipoh Falim, Ipoh
Keseronokan Keluarga dengan Nilai Hebat
Nikmati penjimatan lebih besar dengan promosi Kombo Jimat sehingga 50%. Lebih berbaloi apabila anda membeli secara dalam talian, elakkan barisan panjang dan nikmati keselesaan menonton filem – sama ada kombo tunggal untuk masa santai peribadi atau kombo keluarga untuk dikongsi bersama!
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsc.com.my/
.jpg)
.png)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment