PESTA KUIH BULAN: "LUMINOUS AUTUMN" DI SUNWAY VELOCITY


Bermula dari 10 September sehingga 1 Oktober 2020, Sunway Velocity Mall sedang meraikan Pesta Kuih Bulan dengan bertema “Luminous Autumn” di Main Atrium, Aras Bawah. 

Dihiasi tanglung, suatu symbol kegembiraan dan harapan di dalam budaya Cina, ruang legar diceriakan oleh warna-warna kuning, biru, dan hijau, yang membawa makna kemakmuran, pemulihan, dan pertumbuhan, yang menjadi harapan bagi semua dalam tempoh yang mencabar ini.


Terdapat pelbagai pilihan kuih bulan yang dijual digerai-greai yang terletak di Main Atrium, Aras Bawah, dan juga di Basement 1, di hadapan AEON MaxValu Prime, merangkumi bkuih bulan tradisonal, kuih bulan snowskin, kuih bulan aiskrim dan juga kuih bulan boba. Antara jenama kuih bulan yang boleh didapati di sini adalah Grand Imperial, Oversea, Casahana, Bakers Cottage, Durian King, TK Bakery, Hong Kong MX Mooncakes, Shiny, Jimrosa, dan banyak lagi. Kuih bulan halal juga boleh didapati dari gerai JMM Cookies, Tai Tong, Hong Kong Bay, Tea One, dan Baker’s Cottage. 

Kedai-kedai di Sunway Velocity Mall seperti Dragon-I, Canton Kitchen, Purple Cane, Simple Life, Bread Story, dan Esquire Kitchen juga menawarkan pelbagai perisa kuih bulan yang lazat. 

Bagi menceriakan perayaan Pesta Kuih Bulan, Sunway Velocity Mall juga sedang menanjurkan Caban TikTok Luminous Autumn. Rakam video tarian #SVMLuminousAutumn dan muat naik ke akaun TikTok anda dari 13 September sehingga 1 Oktober untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik! 


Dapatkan ganjaran baucer tunai RM10 dengan berbelanja RM100 dalam 2 resit (maksimum). Pengunjung yang berbelanja RM300 dalam tiga resit (maksimum) akan menerima set Kuih Bulan Klasik dan Kit DIY Tanglung jika anak anda adalah ahli VeloKiddie. Pengunjung yang berbelanja RM100 dalam dua resit (maksimum) berpeluang untuk menyertai Astro’s Spin & Win untuk memenangi hadiah daripada Astro. Dengan setiap penebusan, anda akan dimasukkan secara automaik ke dalam cabutan bertuah mingguan untuk memenangi sebuah kerusi urut - Gintell DeVano SE Purple Pink Massage Sofa bernilai RM5,988, di mana setiap pemenang akan dipilih setiap minggu. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA