PESTA KUIH BULAN: ASPIRING MID-AUTUMN @ SG WANG PLAZA
Diinspirasikan daripada pesta pertengahan musim luruh bulan menuai Jepun, Sungei Wang mengalu-alukan para pengunjung ke keraian ‘Aspiring Mid-Autumn’ dari sekarang sehingga 4 Oktober 2020.
Ruang legar pusat membeli-belah tersebut telah dihiasi menjadi taman ala-Jepun yang indah dengan pohon berbunga serta atap bangunan dengan pemandangan bulan purnama. Lebih 800 biji tanglung juga menghiasi Sky Lantern Wishing Street. Bulan purnama yang kelihatan di Centre Court melambangkan kehadiran musim luruh yang membawakan harapan hasil tuaian yang berganda di masa akan datang.
Sky Lantern Wishing Street
Terletak di Sungei Wang Walk (Jalan Sultan Ismail), para pengunjung boleh bergambar selfie dengan berlatar-belakangkan tanglung-tanglung yang indah dan berwarna-warni. Anda juga boleh mendapatkan kad pesanan untuk digantungkan daripada Kaunter Info (Concourse Area) dengan menderma RM5. Semua sumbangan akan disalurkan ke rumah golongan yang kurang bernasib baik.
Pengalaman Kostum Kimono Jepun
Jadikan pengalaman ini suatu yang sukar dilupakan dengan memakai pakaian tradisional Jepun iaitu kimono. Anda hanya perlu menderma tanpa mengira berapa banyak untuk mencuba pakaian tersebut. Semua sumbangan akan disalurkan ke rumah golongan yang kurang bernasib baik.
Aspiring Redemption
Daptkan ganjaran yang lebih dengan berbelanja di Sungei Wang Plaza! Tebus sebuah lampu LED berbentuk bulan untuk menerangkan bilik anda di waktu malam dengan berbelanja RM188 minimum dalam dua resit. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sungeiwang.com dan ikuti www.facebook.com/sungeiwangplaza.
Comments
Post a Comment