GARDENIA UMUMKAN ROTI BONANZA KELUARGA GARDENIA

 

Bagi menyokong kempen Keluarga Malaysia, Gardenia KL akan memperkenalkan roti Bonanza Keluarga Gardenia, roti putih 500g dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM2.75. 

Dengan harga 55sen setiap 100g, roti Bonanza Keluarga Gardenia lebih menjimatkan dan bersesuaian untuk pengguna dengan keluarga yang lebih besar berbanding dengan roti Original Classic Gardenia yang berharga 70sen setiap 100g. Roti Bonanza Keluarga Gardenia 500g boleh didapatkan di rak-rak jualan bermula 16 Disember 2021. 

Menerusi roti Bonanza Keluarga Gardenia ini, Gardenia KL memenuhi keperluan semua lapisan pengguna, terutamanya pengguna yang memerlukan. Kami menjamin bekalan Bonanza Keluarga Gardenia 500g yang mencukupi, seiring dengan komitmen Gardenia KL kepada kualiti dan kesegaran produk yang menurut piawaian antarabangsa dan pematuhan ketat kepada peraturan kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN