PEPSI PERKENALKAN TIN EDISI TERHAD BUDAYA MALAYSIA UNIK


Sempena Hari Malaysia, Pepsi, minuman kola yang terkemuka di dunia, menganjurkan kempen ‘Budaya Kita. Alami Bersama’. Kempen in adalah inisiatif Pepsi untuk merungkaikan tiga rekaan tin edisi terhad, direka artis-artis berbilang kaum bagi memberi mereka sokongan serta platform untuk menjulang karya seni mereka. Dengan mempelawa barisan artis dari pelbagai latar belakang, kempen tersebut juga berhasrat untuk mempromosikan seni budaya majmuk untuk meraikan semangat kebangsaan. Setiap rekaan adalah terhad kepada peruncit-peruncit yang terpilih seperti myNEWS, PETRONAS Kedai Mesra dan Shell Select mulai September 2020. 
“Hari Malaysia kali ini lebih istimewa kerana situasi semasa yang sedang ditempuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Sempena hari yang bermakna ini, Pepsi ingin mendakap budaya majmuk Malaysia, sambil meraikan karya seni serta artis-artis tempatan,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif dari Etika. 

Kempen ‘Budaya Kita. Alami Bersama’ oleh Pepsi harap dapat menyemarakkan semangat kecintaan orang ramai terhadap budaya dan seni tempatan Malaysia menerusi karya-karya artis tempatan. 

Memandangkan makanan merupakan sebahagian besar daripada budaya Malaysia, rekaan tin ini diilhamkan oleh perkakas dapur, berbeza daripada elemen-elemen lain yang biasanya digunakan untuk melambangkan budaya Malaysia. Disinambungkan oleh tiga artis tempatan yang sedang menempah nama, Cloakwork, The Sliz dan Thineswari Govindasamy, gubahan mereka merangkapkan tiga perkakas yang lazimnya digunakan di dapur rakyat Malaysia yang berbilang kaum – Periuk Belanga, Acuan Kuih Loyang serta Lesung dan Alu. Periuk Belanga misalnya, digunakan untuk menyediakan aneka lauk-pauk seperti ikan masam manis, begitu juga dengan kari ayam yang lazat. Acuan Kuih Loyang pula digunakan bagi penyediaan kuih ros, kuih achimurukku atau kuih loyang - setiap satu mempunyai maknanya yang tersendiri bagi warga Malaysia, tapi dihasilkan dengan menggunakan satu perkakas yang ringkas sahaja. Satu lagi perkakas yang popular, Lesung dan Alu digunakan untuk mengisar rempah-ratus sejak turun-temurun bagi menambah rencah keaslian rasa dalam juadah yang dihidang. 

Bersama, Tin Kebudayaan Edisi Terhad Pepsi menggambarkan salasilah budaya Malaysia sambil menawarkan platform untuk artis-artis tempatan berkarya. 

“Malaysia merupakan sebuah negara yang diwarnai dengan pelbagai budaya, diserlahkan melalui makanan, perayaan dan pekerti kita. Tiada medium yang lebih sempurna daripada karya seni untuk mengisahkan salasilah kita, lebih-lebih lagi karya yang digubah oleh artis-artis tanah air kita sendiri,” jelas Santharuban. 

Layari https://www.etikaholdings.com/campaigns/MerdekaWithPepsi untuk menikmati konten yang menarik. 

Orang ramai dapat menghayati video muzik ‘Truly Malaysian’ yang membariskan artis-artis berbilang kaum serta perkakas yang dipamerkan pada Tin Kebudayaan Pepsi. Diilhamkan oleh irama Malaysia klasik, Saya Anak Malaysia, video ini juga disulami dengan alat-alat muzik budaya kita serta Tin Kebudayaan Pepsi untuk menyuntik semangat keharmonian Malaysia dengan perpaduan. 

Bukan itu sahaja, para pengguna juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka mengenai Malaysia menerusi laman mikro tersebut, yang merangkumi sejarah Malaysia, fakta menarik mengenai Pek Tin Kebudayaan Pepsi serta para artis berkenaan, dan banyak lagi. 

Dalam usaha Pepsi untuk menyebarkan keriangan di kalangan warga Malaysia, peraduan “Buy, Snap and Win” juga diadakan pada bulan September yang memberi peluang kepada 10 pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 setiap hari. Para peserta hanya perlu melakukan dua langkah ini: 
  1. Beli 3 Tin Kebudayaan Pepsi di myNEWS, PETRONAS Kedai Mesra dan Shell Select 
  2. Ambil gambar bersama ketiga-tiga rekaan tin dan muat naik ke dalam media sosial bersama titipan tanda pagar #PepsiBudayaKitaAlamiBersama 
Untuk tempoh masa terhad, rekaan yang melambangkan pelbagai warisan budaya ini disediakan di lokasi-lokasi berikut, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tin edisi khas anda.

“Artis-artis tempatan kita telah memperagakan kreativiti dan budaya Malaysia menerusi rekaan Tin Kebudayaan Pepsi. Kami bagi pihak Pepsi berasa gembira dan teruja untuk menyediakan platform ini buat para artis tempatan dan mengambil bahagian dalam kempen ini untuk mempamerkan budaya Malaysia yang unik. Selamat Hari Malaysia,” simpul Santharuban. 

Maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan perkembangan terbaharu mengenai kempen-kempen Pepsi yang akan datang boleh didapati di http://etikaholdings.com/campaign/merdekawithPepsi

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!