PESTA KUIH BULAN: MESMERISING MID-AUTUMN CHERAS LEISUREMALL


Cheras LeisureMall meraikan Pesta Kuih Bulan dengan hiasan beraneka tanglung buatan para peserta peraduan menbuat tanglung. Bertemakan “Mesmerising Mid-Autumn”, 35 tanglung gergasi dan lebih daripada 200 tanglung kertas kanak-kanak menjadi tarikan para pengunjung di ruangan legar Cheras Leisuremall. 


Peraduan membuat tanglung adalah acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh ramai penggemar budaya dan warisan kaum Cina. Pemenang-pemenang bakal menerima hadiah bernilai RM60,000, yang terdiri daripada wang tunai dan baucer tunai dari Cheras LeisureMall dan para penyewanya iaitu Oliver Gourmet, OneDeLand dan Dine Tasty: 
  • Peraduan Creative Lantern-making Contest telah dianjurkan sejak tahun 1996 mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai untuk mencipta tanglung gergasi yang berukuran 4kaki x 4kaki x 2kaki yang menampilkan elemen Pesta Kuih Bulan dan musim luruh. 
  • Penyertaan diadili berdasarkan kreativiti, hasil pertukangan, aspek mesra-alam, mengikut tema, persembahan keseluruhan dan populariti. Para juri terdiri daripada Mr. Phillip Wong, Board Member of National Visual Arts Development Board, Mr. Chung Wei Fung, Art Director and Founder of Dasein Academy of Art, Mr. Loh Bok Lai, Painter & Fine Art Lecturer of Dasein Academy of Art, Mr. Khoo Boon Want, Experimental Artist and Designer, dan Ms Shia Yih Yiing, Malaysian Fine Artist. 
  • Peraduan Lantern Art Contest, mengalu-alukan penyertaan pasangan ibu atau bapa bersama anak untuk mencipta tanglung yang menonjolkan keindahan musim luruh dan bulan menggunakan tanglung kertas berwarna putih. 
  • Semua tanglung akan dipamerkan sehingga 4 October 2020 dan orang ramai dijemput untuk mengundi tanglung kegenaran mereka di laman Facebook Cheras LeisureMall (Creative Lantern-Making Contest) dan di Kaunter Info di aras LG (Lantern Art Contest). 

Pelbagai jenis kuih bulan boleh didapati dari gerai-gerai di Mooncake and Confectioneries Bazaar yang dianjurkan bermula 10 September sehingga 1 Oktober 2020 di LG Concourse. Antara jenama yang popular adalah JDX, Hong Kong Bay, Baker’s Cottage, Yu-Ai, Teochew Mooncake, Yong Sheng, Duria, Casahana, Milky Way, Oversea Mooncake, Shangri-La Hotel dan Mika. 


Dari sekarang sehingga 30 September 2020, pengunjung boleh menebus satu pusingan bertuah (lucky spin) dengan pembelian minimum RM60 dalam satu resit. Pengunjung juga boleh mendapatkan satu lucky spin dan berpeluang untuk memenangi 63 hadiah hebat seperti peralatan rumah, jam tangan, emas, telefon pintar, gajet dan banyak lagi, dengan pembelian minimum RM100 dalam dua resit (maksimum) dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam hari yang sama. Tertakluk kepada terma dan syarat. 




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9132 2386, layari Laman Facebook Cheras LeisureMall atau emel kepada marketing@ppb.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!