HONOR 9S - TELEFON PINTAR MAMPU MILIK BERHARGA RM359


HONOR mengumumkan telefon pintar HONOR 9S untuk pasaran Malaysia yang bakal menampilkan kemaskini berasaskan Android Magic UI 3.1, rekaan UX yang menawan dan pelbagai fungsi mesra-pengguna. Berkuasakan bateri 3020mAh, storan yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB dan sebuah kamera belakang untuk fotografi yangg menarik, HONOR 9S membawakan lebih nilai kepada pengguna dengan harga serendah RM 359. Ia boleh didapati mulai 28 September 2020 ini.

Telefon ini dilengkapi paparan FullView 5.45-inci dengan resolusi 1440 x 720-pixel untuk memberikan pengalaman menonton dan gaming yang lebih hebat dan imersif. HONOR 9S juga mengeluarkan tahap cahaya biru yang lebih rendah, dengan persijilan keselesaan mata daripada TÜV Rheinland. 


HONOR 9S boleh didapati dalam tiga warna klasik - Hitam, Biru dan Merahdengan harga RM359 mulai 28 September 2020 di laman web, Hihonor, HONOR Experience Stores (HES), wakilpenjualdan kedai rasmi online HONOR di Shopee dan Lazada

Comments

Popular posts from this blog

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

LEGENDA BAHARU BANGKIT DI RESORTS WORLD GENTING: THE NATIONAL LUMINOUS DRAGON KING CHAMPIONSHIP

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)