AISHAHANIM TAMPILKAN IQ DINZLY DALAM SINGLE TERBAHARU "LEKA"
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).
Mesej dalam surah al-Asr ini cuba disampaikan oleh penyanyi duo kembar seiras AishaHanim berkolaborasi dengan Iq Dinzly melalui lagu single terbaharu LEKA.
Dengan rasa tanggungjawab sosial dan mahu melihat kesejahteraan masyarakat, AishaHanim dan Iq Dinzly berasa terpanggil untuk menyampaikan mesej bagi menyedarkan golongan masyarakat agar tidak leka daripada duniawi dan sebaliknya, mengamalkan kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.
AishaHanim terdiri daripada Syazara Aisha Abu Bakar dan Fariza Abu Bakar pernah popular dengan lagu Mata Kunci Cinta, Benar Cinta dan Angkara.
“Selain berhibur, peminat boleh menikmati lagu ini sambil menerapkan mesej-mesej positif dalam diri. Mesej ini disampaikan dalam bentuk santai supaya senang diterima oleh pendengar. Kami memilih untuk bekerjasama dengan Iq Dinzly kerana lagu ini sinonim dengan liku-liku kehidupan yang pernah dilaluinya. Tambahan pula, ini juga satu kelaianan kerana inilah kemunculan pertama Iq dalam lagu,” kata AishaHanim.
Lagu Leka ini merupakan ciptaan Iqie Hugh dan lirik oleh Khalid ini sudah boleh didapati di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
Sebagai pelengkap lagu ini, video muzik rasmi LEKA telah dilancarkan pada 9 September 2020 menerusi saluran Youtube AishaHanim.
Video muzik rasmi yang menampilkan kelainan imej AishaHanim dan Iq Dinzly pastinya membuatkan anda teruja.
Saksikan sedutan daripada majlis pelancaran single terbaharu 'Leka' - Aishahanim feat Iq Dinzly
Comments
Post a Comment