SNAPCHAT TAMPILKAN BITMOJI KOLABORASI THE JORDAN BRAND


Sempena pelancaran sedunia Air Jordan XXXV oleh Jordan Brand, Bitmoji bakal berkolaborasi dengan jenama fesyen sukan bola keranjang tersebut. Pengguna Snapchat dan Bitmoji dapat mengekspresikan diri dengan menggunakan Bitmoji yang menampilkan gaya Jordan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Koleksi Jordan Brand x Bitmoji menampilkan pakaian digital dan kasut Jordan yang boleh dipakaikan kepada avatar Bitmoji para pengguna, termasuk kasut Air Jordan XXXV terbaharu dalam pelbagai pilihan warna.


Selain daripada Air Jordan XXXV, gaya yang ditampilkan termasuk Jordan 23 Engineered apparel dan Flight Suit untuk wanita, dan juga gaya klasik AJI dan AJIII.






Memandangkan koleksi ini juga boleh didapati di Nike.com, para peminat boleh menyelaraskan pakaian mereka mengikut Bitmoji atau sebaliknya dan menyerlahkan gaya peribadi dengan ratusan kombinasi pakaian dan kasut di dalam aplikasi tersebut.



Comments

Popular posts from this blog

SHOPEEFOOD DAY KEMBALI PADA 18 APRIL DENGAN DISKAUN SEHINGGA 99%, PENGHANTARAN PERCUMA DAN HADIAH EKSKLUSIF

JOM KE AEON MALL TAMAN EQUINE: KARNIVAL EXTRAVAGANZA KEMBALI DENGAN TAWARAN LUAR BIASA!

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA