PESTA KUIH BULAN: ‘HOPS AND DREAMS’ @ KWAI CHAI HONG

Nini Marini

Sempena Pesta Kuih Bulan atau Festival Pertengahan Musim Luruh jatuh yang pada 1 Oktober ini, Kwai Chai Hong (KCH) mempersembahkan pameran karya agung lapan penggiat seni tempatan yang menampilkan interpretasi mereka tentang Arnab Jed mulai 18 September sehingga 4 Oktober. 




Badan pengurusan KCH, Bai Chuan Management telah memilih tema ‘Hops and Dreams’ untuk meraikan karakter legenda ikonik yang sinonim dengan Pesta Kuih Bulan iaitu ‘Arnab Jed’. Walaupun kisah Arnab Jed mempunyai pelbagai versi, ciri-ciri perwatakannya adalah sama – berpegang kepada kebenaran, pengorbanan, kesetiaan, kepintaran, kesabaran, sahabat yang setia, perpaduan dan kasih saying.

Penggiat seni tempatan yang terpilih untuk menyumbangkan karya mereka untuk projek ‘Hops and Dreams’ adalah seperti berikut:
Alice Chang (Lai Lai Art)

Drewfunk

Farah Mohan (Novak Batik)

Habsah Abang Saufi

Pamela Tan (Poh Sin Studio)

Shakir (Filamen)

Master Siow Ho Phiew

Setiap artis diberi sebuah lampu berbentuk arnab untuk dijadikan kanvas karya mereka. Dalam masa dua minggu, mereka ditugaskan untuk memberikan interpretasi mereka yang tersendiri tentang Arnab Jed ini. Setiap karya yang dipamerkan disertai dengan kod QR yang apabila diimbas akan membawa audien ke satu video perkongsian kisah di sebalik inspirasi dan hasil karya artis tersebut. 



Lapan Arnab Jed sedang dipamerkan di Kwai Chai Hong sehingga 4 Oct 2020. Dalam tempoh pameran ini, waktu pembukaan KCH akan dilanjutkan dari 9 pagi sehingga 12 tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwaichaihong.com atau ikuti laman Facebook dan Instagram Project Kwai Chai Hong.

Kredit Photo: @TianChad

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM