NUTRAVITA MARINE PLACENTA UNTUK WAJAH TAMPIL LEBIH MUDA

 

Sebuah halaman yang memberikan maklumat kepada wanita, Sinaran Wanita sentiasa mencari rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu para wanita rasa lebih baik tentang penampilan mereka. Kami memutuskan untuk perkenalkan rangkaian penjagaan kulit professional Sinaran Wanita, terdiri daripada dua penyelesaian yang sepenuhnya dikembangkan dan berasal dari Jepun dimana ia memberi perhatian terhadap masalah penjagaan kulit wanita untuk kulit cantik dan awet muda. 

Sinaran Wanita mendapati bahawa pengguna di seluruh dunia, telah menggunakan produk anti-penuaan dan anti-kedut yang dibuat dari bahan yang diekstrak dari placenta berasaskan haiwan mamalia bertahun lamanya. Walaubagaimanapun, sebuah syarikat Jepun telah menemui bahawa kesan anti-penuaan dan anti-kedut juga boleh dicapai dengan menggunakan ovary peptides yang diekstrak dari placenta salmon (kantung ovari yang memegang telur dalam ikan salmon). Salmon Ovary peptides ini didapati mempunyai lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia yang lain dan komposisi asid amino yang terdapat dalam Salmon Ovary peptides adalah serupa dengan kolagen, oleh itu anti-penuaan dan anti-kedut yang sempurna. 

Didorong oleh penemuan ini, kami mengambil keputusan mengembangkan formulasi teknologi yang unik ini bagi mengatasi masalah kulit yang sering disebut. Hasilnya adalah NutraVita Marine Placenta. 

MENGAPA PLACENTA OVARY PEPTIDES IKAN SALMON? 

Marine Placenta Ovary Peptides Salmon mudah diserap jauh ke dalam lapisan dermis kulit kerana molekulnya yang kecil. Ia membantu merangsang pengeluaran semulajadi kolagen tubuh dan pemuliharaan fibroblas. Ia juga mengandungi lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia yang lain. 

Marine Placenta Ovary Peptides dituai secara eksklusif dari Salmon liar lautan Atlantik. Kantung ovari salmon dibersihkan dan melalui beberapa ujian kualiti untuk memastikan tiada pencemaran sebelum mendapat pelepasan Kawalan Kualiti. Ia kemudian melalui proses enzymatic degradation, kaedah yang digunakan untuk mengekstrak kolagen tanpa merosakkan kandungan asid amino dan serat dalam placenta. Kolagen hidrolisat yang tertinggal akan dibersihkan dan dikering-beku untuk mengekalkan tahap kolagen yang tinggi. Proses ini adalah langkah utama dalam mendapatkan sijil Halal kerana tiada alkohol digunakan dalam proses pengeluarannya 

Perkenalkan – NutraVita Marine Placenta 

Dengan dua pilihan penyelesaian yang boleh dipilih, Sinaran Wanita menyediakan wanita dengan bahan-bahan yang dicuba dan dipercayai, untuk memberikan kulit yang cantik dan awet muda. 

SW NutraVita Marine Placenta Concentrate 

NutraVita Marine Placenta Concentrate dibuat khusus untuk mengurangkan bekas luka dari jerawat, kecederaan atau pembedahan dan meningkatkan penampilan kulit. Ia merupakan Formula Kesihatan kulit pertama yang diperakui HALAL dan kaya dengan kolagen semula jadi serta minyak pelembap kulit tulen yang meningkatkan sel stem kulit epidermis untuk pembaikan kulit. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit. 

Gabungan unik Salmon Placenta Ovary Peptides, Bovine Colostrum Based Growth Factor Concentrate (GFC), Hyaluronic Acid dan ramuan berasaskan alga laut. 

Formula kesihatan kulit bioaktif dan sel stem yang mengaktifkan Growth Factor Concentrate dan telah diuji secara klinikal di Jerman. 

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 1-2 titis pada waktu pagi, 1-2 titis pada waktu malam (sapukan sebelum memakai serum) 

SW NutraVita Marine Placenta Serum 

NutraVita Marine Placenta Serum telah direka khas untuk membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan dan meningkatkan serta perbaiki penampilan kulit secara jelas. Ia merupakan formula kesihatan kulit pertama yang diperakui halal, dengan 5-Mode-Action dapat meningkatkan penampilan kulit, meminimunkan saiz pori dan memperbetulkan kesan penuaan seperti garis halus dan kedutan. Ia kaya dengan koalgen semula jadi dan minyak pelembap kulit yang tulen. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit. 

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 2 pam pada waktu pagi, 2 pam pada waktu malam (gunakan selepas Concentrate) 

KETERSEDIAAN: Rangkaian penjagaan kulit professional SW NutraVita Marine Placenta tersedia secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan laman web Sinaran Wanita https://sinaranwanita.com/nutravita/ dengan harga RM89.90 (serum) dan RM59.90 (concentrate). Kini boleh didapati di Watsons.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI