ATASI MASALAH KETEGANGAN MATA DIGITAL DENGAN KANTA ESSILOR
Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia
bergantung kepada peranti-peranti elektronik seperti telefon mudah alih,
komputer, tablet, konsol permainan dan televisyen. Ini menyebabkan peningkatan masalah
ketegangan mata dan kelesuan mata akibat pendedahan berpanjangan kepada
peranti-peranti digital tersebut.
Menurut tinjauan, rakyat Malaysia
meluangkan hampir suku hari di media social, dan 17% menggunakan lebih sembilan
jam sehari bergiat di akaun media sosial mereka. Pandemik Covid-19 yang sedang
melanda dunia juga telah memperbanyakkan penggunaan peranti digital untuk bekerja
dari rumah di mana orang ramai terpaksa menggunakan aplikasi online seperti
webinar untuk mengadakan saling berhubungan sama ada melalui taklimat dalam
talian ataupun sidang media.
Tanpa disedari, peningkatan penggunakan pelbagai skrin digital seharian
akan menjejaskan tahap penglihatan dan kesihatan mata pada jangka masa panjang.
Essilor Malaysia, sebuah syarikat optik
terkemuka menyedari masalah penglihatan yang dialami orang ramai sejak dalam
norma baharu dan telah melancarkan tiga rangkaian produk baharu iaitu Eyezen™,
Crizal®, and Transitions® untuk menangani isu-isu tersebut.
Eyezen™ Start: Untuk Pengguna Peranti
Digital Tegar
Sebagai tambahan baharu kepada rangkaian
kanta Eyezen™, Eyezen™ Start adalah kanta single vision generasi baharu
untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas untuk si pemakai. Kanta Eyezen® menampilkan
teknologi Eyezen’s DualOptim™, satu teknologi baharu untuk membolehkan kanta
menggunakan dua titik rujukan – penglihatan jauh dan dekat. Seluruh permukaan
kanta dioptimumkan mengikut jarak objek dan arah pandangan. Kanta ini adalah
sesuai untuk pengguna yang mengalami gejala kelesuan mata yang tinggi.
Crizal® Blue UV Capture™: Untuk Penglihatan
Yang Sejelas Mungkin
Kanta Crizal® Blue UV Capture™ menapis
cahaya biru-lembayung yang merbahaya sementara membolehkan cahaya biru yang
bermanfaat melaluina dan menyekat dengan 100% cahaya UV. Cahaya biru adalah
penting kerana ia membantu kita mengawal kitaran tidur, menjaga mood, dan
mengekalkan ingatan. Ia mencipta piawaian baharu untuk teknologi penapisan biru
bersama lapisan UV Crizal® Sapphire™ yang hampir lutsinar untuk memberikan
perlindungan yang mantap kepada pengguna yang memerlukan kanta yang lebih jelas.
Transitions® Signature® Gen 8™: Melindungi
mata anda dengan bergaya
Sebagai peraju utama dalam kanta pintar di
dunia, Transitions® Signature® Gen 8™ dilengkapi dengan kanta transisi gelap
dan pudar terpantas untuk memberikan perlindungan kepada si pemakai. Ia juga boleh
menyekat 100 peratus sinaran UV.
Essilor Malaysia juga telah melancarkan
kempen Penyelesaian Gaya Hidup Essilor untuk memberi kesedaran, mendidik dan
memperkasakan para pengguna tentang kepentingan pembetulan dan perlindungan
terhadap ketegangan mata digital. Melalui kempen ini, pengguna yang membeli
kanta Essilor dapat menikmati diskaun 50 peratus apabila membeli satu lagi
sepasang kanta. Promosi sah dari 1 September sehingga 31 Oktober di kedai optik
rakan Essilor yang terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman
web rasmi Essilor Malaysia di: www.essilor.com.my
Comments
Post a Comment