TUNE PROTECT TAJA PERLINDUNGAN UNTUK BAKE WITH DIGNITY


Tune Protect Group Berhad (“Tune Protect”) baru-baru ini membaharui penajaan Insurans Kemalangan Peribadi EasyCare (“EasyCare PA”) untuk sepuluh (10) pembuat roti yang bekerja di Bake With Dignity (“BWD”), sebuah perusahaan sosial yang menyediakan peluang pekerjaan dengan perlindungan untuk orang dewasa yang kelainan upaya. Inisiatif ini memberikan perlindungan insurans dengan jumlah terkumpul sehingga RM500,000 untuk para pembuat roti di BWD, sesuai dengan tema rasmi “Malaysia Prihatin” bersempena sambutan Hari Merdeka yang ke-63. EasyCare PA menyediakan perlindungan untuk kematian & kecacatan kekal yang berpunca daripada kemalangan, perbelanjaan perubatan, yuran ambulans, elaun kematian & rehabilitasi. 

EasyCare PA yang dilancarkan dengan jayanya pada Disember 2018 adalah produk perlindungan pertama dari Tune Protect yang disesuaikan untuk golongan kelainan upaya. EasyCare PA juga selari dengan rangka kerja keinklusifan kewangan Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan sistem kewangan inklusif yang memberikan khidmat terbaik kepada semua anggota masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan, untuk menikmati akses dan menggunakan perkhidmatan kewangan penting yang berkualiti dan mampu dibiayai. 

Yap Hsu Yi, Ketua – Rakyat dan Budaya di Tune Protect Group Berhad, berkata, “Kami berbesar hati kerana berpeluang menaja BWD sekali lagi pada tahun ini kerana kami tahu betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan perlindungan insurans. Sebahagian besar daripada tanggungjawab kami adalah untuk menghasilkan sumbangan yang bermakna dan lestari untuk disalurkan semula kepada masyarakat dan kami gembira untuk terus memberi perlindungan kepada para pembuat roti di sini melalui inisiatif ini. 

Pang Hin Yue (Hin Yue), Pengasas Bersama dan Ketua Pengajar di BWD, menyatakan penghargaan beliau kepada Tune Protect atas penajaan tersebut, “Terima kasih Tune Protect kerana menjaga kebajikan para pembuat roti kami dan memberi perlindungan insurans kepada mereka secara pro bono. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan mereka untuk tempoh setahun lagi,” kata Hin Yue. 

Kerjasama Tune Protect dengan BWD bermula tahun lalu melalui usaha sama dengan Truly Loving Company (TLC) dalam inisiatif “Tune Protect Sponsor Bake with Dignity”. Di bawah inisiatif tersebut, Tune Protect mendermakan penyaman udara cekap tenaga untuk membantu mengurangkan bil elektrik dan jejak karbon BWD, selain memberi keselesaan kepada para pelanggan dan semua orang di bakeri tersebut. 

Tune Protect membaharui tajaan EasyCare PA untuk para pembuat roti yang bekerja di Bake with Dignity (“BWD”), sebuah perusahaan sosial yang menyediakan peluang pekerjaan dengan perlindungan bagi individu dewasa yang kelainan upaya.

Komitmen Tune Protect terhadap CSR telah menjadi satu komponen yang penting dalam budaya korporat syarikat tersebut. Program CSR terulungnya iaitu Literasi Kewangan, Pemerkasaan dan Keusahawan Orang Asli (FLEE), membantu belia Orang Asli membebaskan diri (“flee”) dari kehidupan yang tiada arah tuju, pengangguran, masalah sosial dan kemiskinan. Tune Protect juga sering bekerjasama dengan Pusat Darah Negara, selain membantu komuniti yang memerlukan dan bekerjasama dengan perusahaan sosial seperti BWD dan Suri Lifestyle untuk membantu golongan yang berpenyakit, kelainan upaya dan ibu tunggal yang mengalami kesukaran meneruskan kehidupan. 

Tune Protect melanjutkan sokongan terhadap BWD dengan menggunakan perkhidmatan penyediaan makanan mereka dalam pelbagai acara syarikat tersebut. 

Orang ramai yang ingin menyokong pekerjaan yang terjamin untuk para pembuat roti di BWD boleh melayari laman web BWD di https://www.dignityandservices.org dan 

Pelbagai pilihan produk makanan seperti kek, brownies, biskut, roti, pai, pasta dan hidangan savuri (tidak manis) yang berkualiti tinggi boleh dipesan dari mereka.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI