Aktres Chelsea Islan kembali sebagai Alfie dalam sekuel kepada filem seram boxoffice Indonesia Sebelum Iblis Menjemput. Kali ini, dia harus menghentikan sumpahan Iblis dengan dibantu beberapa orang teman.
Alfie (Chelsea Islan) dan adiknya, Nara (Hadijah Shahab) cuba meneruskan kehidupan mereka setelah insiden ngeri dua tahun lalu. Namun begitu, Alfie masih dihantui gambaran-gambaran yang menakutkan.
Dalam satu kejadian yang tanpa diduga, Alfie bertemu dengan sekumpulan anak muda, Budi (Baskara Mahendra), Gadis (Widika Sidrome), Jenar (Shareefa Daanish), Martha (Karina Salim), Leo (Arya Vasco), dan Kristi (Lutesha). Mereka cuba mendapatkan bantuan Alfie untuk menghapuskan gangguan iblis walaupun Alfie ternyata keberatan pada awalnya. Sanggupkah Alfie bertarung nyawa sekali lagi dan berhadapan dengan entiti yang lebih mengerikan ini untuk membantu rakan-rakan barunya?
Seperti filem pertama, Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 masih diarah dan ditulis oleh Timo Tjahjanto.
Ulasan:
Jika anda gemarkan filem pertama Sebelum
Iblis Menjemput, anda pasti tidak akan kecewa dengan elemen seram yang
diterapkan dalam filem Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (SIMA2) ini. Pengarah
Timo yang terkenal dengan filem aksi tidak menyembunyikan hantu/ entiti seramnya
sehingga penghujung filem seperti filem-filem seram biasa yang lain.
Seperti filem aksinya, Timo menunjukkan
aksi seram ke mata penonton tanpa berselindung di dalam bayang-bayang atau
kegelapan. Dari hantu pocong dan entiti yang dirasuk, penonton dapat melihat
wajah makhluk jahat yang ditampilkan dengan jelas dan mengerikan. Filem ini ternyata
bukan untuk si penakut dan penggeli kerana beberapa adegan boleh dikatakan
sangat mengerikan dan agak ganas.
Walaupun jalan ceritanya agak klise – berkisar
sekitar back story anak-anak yatim yang didera, pengolahan dan arahan jalan
ceritanya sangat bagus. Kesan khas SIMA2 memang terbaik dan setanding dengan filem-filem seram Hollywood yang terkemuka seperti Evil Dead, Nightmare
On Elm Street dan The Exorcist.
Teraju utama, Chelsia Islan memberikan lakonan
yang mantap, seolah-olah dia dilahirkan untuk watak Alfie. Pada keseluruhannya, SIMA adalah sebuah filem seram yang efektif dan menghiburkan.
Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 sudah mula tayang sejak 10 September 2020 dan di seluruh rangkaian pawagam di Malaysia.
Sebuah keputusan yang dibuat demi menyelamatkan keluarga akhirnya membuka ruang kepada keretakan rumah tangga yang tidak pernah dijangka. Drama terbaharu slot Akasia TV3, Luka Di Hujung Setia, bakal membawakan kisah penuh emosi tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu yang sanggup berhijrah ke ibu kota demi kelangsungan hidup, namun tindakan tersebut perlahan-lahan menggugat mahligai yang dibina selama ini.
Malam 30 Mei 2026 menjadi saksi kepada sebuah naskhah apresiasi seni yang cukup indah di Zepp Kuala Lumpur. Konsert "For You Nourul" anjuran ND Entertainment bukan sekadar sebuah persembahan biasa, malah ia merupakan refleksi kepada kembara seni seorang diva pop prolifik negara, Nourul sepanjang perjalanan 30 tahun di dalam dunia seni suara.
Ketika kecerdasan buatan (AI) beralih daripada sekadar pembantu ringkas kepada kuasa berautonomi yang mampu melaksanakan tugas undang-undang yang kompleks, sektor perundangan Malaysia kini berada di persimpangan kritikal. Seiring dengan perkembangan teknologi AI yang semakin pesat, pelbagai industri turut merasai perubahan signifikan termasuk dalam ruang mahkamah dan institusi pendidikan. Justeru, Forum AI & Perundangan 2026 yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada keperluan mendesak untuk mewujudkan rangka kerja perundangan baharu dalam dunia yang dipacu oleh AI.
Rakyat Malaysia kini boleh merasai kemeriahan FIFA World Cup 2026™ bersama Rexona dan Clear Men melalui pelbagai aktiviti menarik, promosi khas di kedai-kedai terpilih serta pek edisi terhad FIFA World Cup 2026™. Kedua-dua jenama ini juga memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka untuk membantu pengguna kekal segar dan tampil yakin setiap hari.
Dalam suasana pengguna yang semakin berhati-hati berbelanja, rakyat Malaysia kini tidak lagi melihat kepada diskaun semata-mata. Mereka turut menilai ketulenan produk, nilai bagi setiap ringgit yang dibelanjakan serta pengalaman beli-belah yang boleh dipercayai.
Comments
Post a Comment