PERADUAN “MASK FOR MALAYSIA” MEMBANGKIT SEMANGAT



Merdeka tahun ini dengan berlatar belakangkan norma baharu, kumpulan Beaconhouse School – salah satu rangkaian terbesar sekolah antarabangsa dan swasta telah membangkitkan semangat, memupuk patriotisma dan membawa mesej penting untuk kekal selamat sepanjang COVID-19 dalam kalangan pelajar-pelajar mereka di seluruh Malaysia. 

Bermula dengan beberapa bulan terkurung di rumah dan berusaha menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui kelas dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Beaconhouse telah mengambil peluang sempena bulan kemerdekaan ini untuk menggembirakan dan menyatukan pelajar-pelajar. 

Pertandingan antara sekolah mereka bentuk ‘The Mask for Malaysia’ melibatkan pelajar-pelajar di peringkat asas dengan memanfaatkan aksesori harian – pelitup muka sebagai kanvas untuk menonjolkan kreativiti pelajar-pelajar, nasionalisma dan perpaduan. 

"Tahun ini, tidak hanya sekadar mengibarkan bendera, kami mahu anak-anak ini menunjukkan kesatuan dan soladiriti untuk negara ketika kita meneruskan perjuangan menentang COVID-19 dengan menggunakan apa yang telah menjadi simbol era pencegahan ini, pelitup muka," kata Alister Bartholomew, Pengarah Wilayah Asia Tenggara, Beaconhouse School. 

Peraduan yang terbahagi kepada 4 kategori – mewakili kumpulan umur yang berbeza, telah meraih minat dengan lebih 2,000 penyertaan daripada pelajar-pelajar dan 22 reka bentuk telah disenarai pendek. Sebagai penghargaan atas ungkapan kebanggaan dan perpaduan, pemenang dari setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300. 


Tham Chuan Jin, 6, dari Beaconhouse Bunga Raya telah diumumkan sebagai pemenang pertama bagi kategori 6 hingga 8 tahun dengan rekaan bunga kebangsaan, Bunga Raya yang dihasilkan dengan manik. 



Sementara itu, Chong Carlyn, 11, dari Beaconhouse Sri Murni meraih kemenangan bagi kategori 9 hingga 11 tahun dengan reka bentuk 3 pelitup muka yang inovatif. Reka bentuknya menampilkan mercu tanda Malaysia yang ikonik serta bendera nasional yang diterajui oleh petugas barisan hadapan – wira Merdeka. 

"Saya tahu semua yang telah berlaku menjadikan keadaan sangat berbeza dan sukar bagi tahun ini. Saya gembira kerana dengan cara kami sendiri melalui peraduan ‘Masks for Malaysia’ kita dapat meraikan Malaysia dan menunjukkan kreativiti masing-masing. Hari ini, setiap hari, kita memakai pelitup muka ke mana sahaja kita pergi - jadi saya gembira kerana sekarang saya boleh ke mana sahaja dengan pelitup muka khas yang dihasilkan sendiri," kata Carlyn, pemenang bagi katogori 9 hingga 11 tahun. 



Sementara itu, Dhurjaya Kumar, 13, dari Beaconhouse Sri Inai mengungguli dalam kategori 12 hingga 14 tahun. Logo Beaconhouse membentuk di bahagian tengah rekaan yang dinamik dan terang. Reka bentuknya memaparkan kombinasi kaedah citra Malaysia dari Menara Berkembar Petronas dan burung Kenyalang ke bunga Rafflesia yang luar biasa dan Penyu Belimbing. 



Akhir sekali, Melina Charu Joseph, 16, dari Beaconhouse Sri Inai pemenang bagi kategori 15 hingga 17 tahun. Karya seni yang menawan mempamerkan Harimau Malaya yang ikonik dan bunga kebangsaan, Bunga Raya. Mempamerkan kemahiran melalui corak yang dihasilkan menggunakan warna air, rekaan tersebut menzahirkan mesej yang kuat dengan Harimau Malaya melambangkan keberanian, kekuatan dan keagungan dan dikelilingi oleh Bunga Raya sebagai bunga perayaan yang menunjukkan kehidupan dan pertumbuhan pesat rakyat Malaysia. 

"Kami amat berbangga dengan penyertaan yang diterima dan terpukau dengan reka bentuk yang telah berjaya. Peraduan ‘Mask for Malaysia’ membolehkan para pelajar terlibat dengan seni dan pada masa yang sama memberi kita platform betapa pentingnya pemakaian pelitup muka dan kekal selamat. Dengan cara ini, peraduan ini sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini Malaysia Prihatin dan kami berbangga dapat memainkan peranan dalam memupuk masyarakat yang lebih sedar dan prihatin dan pada masa yang sama menyemarakkan semangat patriotisma," tambah Alister. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Beaconhouse Group of School sila layari: www.beaconhouse.edu.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI