EKONOMI GIG DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT AKIBAT PANDEMIK

 

Sejak 10 Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan akibat wabak COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan orang ramai dari segi kerjaya dan rutin harian. Penularan wabak ini telah menjejaskan ekonomi Malaysia; Statistik Tenaga Buruh di Malaysia (Mac 2020) menunjukkan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 3.9%. Akibat COVID-19, negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 42% berbanding tahun lepas untuk suku pertama tahun 2020. Menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sektor perniagaan juga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37%. 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, firma perniagaan berdepan dengan situasi tidak stabil yang menghindari mereka dari mengambil pekerja baharu. Ini menyebabkan perubahan pada lanskap pekerjaan sepenuh masa. Oleh kerana itu, kebanyakan pekerja memilih alternatif yang lain untuk memperoleh pendapatan, dan antara pilihan yang paling popular ialah pekerjaan bebas. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa pekerjaan bebas didatangkan dengan risiko yang tinggi, ternyata realitinya berbeza. 

Berdasarkan penemuan ini dan juga untuk mendorong ekonomi gig di kalangan rakyat, kerajaan Malaysia telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM75 juta untuk bantuan lebih lanjut demi merangsang ekonomi pekerjaan bebas seperti yang dinyatakan dalam laporan Employment Outlook untuk suku pertama tahun 2020. 

MANFAAT MAJIKAN DAN PEKERJA BEBAS 

Tidak dapat dinafikan bahawa konsep pekerjaan bebas kini menjadi trend yang baharu. Menurut kajian World Bank Group pada tahun 2018, 26% tenaga kerja Malaysia terdiri daripada mereka yang menceburi ekonomi gig dan bilangan individu yang memilih waktu bekerja yang fleksibel mengikut minat dan kemahiran masing-masing semakin meningkat. 

Ekonomi gig menyokong fleksibiliti dan ini membolehkan perubahan pengaturan kerja luar talian ke dalam talian untuk peningkatan prestasi perniagaan pada waktu yang tidak menentu ini. Setiap organisasi boleh mendapatkan manfaat dengan penerimaan konsep kerja ini dengan mengupah pekerja bebas. Tenaga kerja bebas semakin meningkat dan dengan pilihan yang tepat, organisasi mampu mengurangkan ketidakhadiran pekerja sambil meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos. Tambahan pula, pekerja bebas memerlukan masa yang lebih singkat untuk menyelesaikan kerja dan mereka selalunya diupah basis projek. Ini mampu mengurangkan beban organisasi dimana pekerja bebas yang diambil tidak perlu digaji buat jangka masa panjang. 

Waktu kerja yang fleksibel juga menjimatkan masa untuk kedua-dua pihak tanpa perlu menjalani rutin 9 hingga 5 yang biasa. Dengan waktu yang fleksibel ini, pekerja bebas lebih bermotivasi dan berinspirasi untuk melahirkan hasil kerja yang berkualiti tinggi demi menjaga hubungan kerja yang sihat untuk meningkatkan peluang pekerjaan dengan klien mereka. Di samping itu, pengambilan pekerja bebas yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dapat mengurangkan kos dimana majikan tidak perlu bergantung kepada pekerja sepenuh masa untuk menyelesaikan pekerjaan. 

MENGENAL PASTI PEKERJA BEBAS DI PLATFORM YANG TEPAT 

Dengan kemelesetan ekonomi yang tidak akan pulih dalam masa terdekat, firma perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerja jarak jauh dan manfaatkan bakat pekerja bebas untuk menyelesaikan tugas dengan cekap. Gigworks, aplikasi mudah alih yang menyediakan perkhidmatan profesional dalam pengambilan pekerjaan dalam talian menawarkan kelebihan kepada perniagaan untuk mengenal pasti bakat yang berkemahiran melalui proses penyaringan yang teliti. Selain itu, polisi perlindungan juga diterapkan untuk memastikan kedua-dua pihak mematuhi perjanjian dan pembayaran akan hanya dibuat setelah selesainya kerja. 

Glenn Tay, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Gigworks

Glenn Tay, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Gigworks berkongsi bahawa pekerja bebas boleh menawarkan kemahiran khusus buat sesuatu perniagaan untuk memenuhi keperluan tertentu kerana mereka memiliki apa yang diperlukan untuk memberikan hasil yang terbaik. 

“Matlamat utama kami adalah untuk membina platform yang terunggul bagi para pekerja bebas untuk mengetengahkan kemahiran mereka dan membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi pekerja gig. Fleksibiliti dan peningkatan pengguna di platform kami boleh memanfaatkan kedua-dua pihak.” 

“Kadar pengangguran perlu dipandang serius untuk menghindari kemerosotan ekonomi dan kita perlu memastikan setiap individu berpeluang untuk memperoleh pendapatan pada waktu seperti ini,” ujar Glenn. 

Ekonomi gig telah menjelaskan satu perkara di mana organisasi korporat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan lanskap pekerjaan. Sifat industri pekerjaan bebas yang berbeza berfungsi sebagai platform yang akan kekal penting pada masa yang akan datang. Ia boleh mewujudkan peluang untuk memperoleh pendapatan yang besar dan pada masa yang sama, mengekalkan momentum ekonomi. 

Walaupun pekerjaan tradisional masih menjadi pilihan utama untuk memperoleh pendapatan terjamin, ekonomi gig kini semakin popular kerana konsep pekerjaan ini membenarkan kebebasan dengan pilihan pekerjaan tanpa had sambil menawarkan peluang lebih luas yang sesuai dengan minat dan kemahiran masing-masing. 

Untuk maklumat lebiih lanjut mengenai Gigworks and perkhidmatannya, sila layari https://www.gigworks.co/sg.


Business photo created by pressfoto - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA