PEMBUKAAN PROGRAM DAY. LIGHT. FRIGHT @ SUNWAY LAGOON DITUNDA


Ekoran situasi sekarang, Sunway Lagoon telah memutuskan untuk menangguhkan pembukaan program yang akan datang, Day.Light.Fright. Day.Light.Fright akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 17 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.


Jika para pengunjung telah membeli tiket, jangan risau. Sunway Lagoon akan memanjangkan tempoh tamat tiket masuk taman tema untuk para pengunjung kami yang telah membeli melalui kaunter taman tema dan laman web rasmi Sunway Lagoon.

Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web. Sunway Lagoon akan terus dibuka sepanjang tempoh ini sehingga diberitahu kelak.

TIPS DAN INFO PRA-KEMASUKAN

Para pengunjung yang mengunjungi Sunway Lgoon diminta untuk memeriksa suhu badan dan hanya suhu badan para pengunjung yang menepati piawai akan dibenarkan untuk masuk ke taman tema itu. Para pengunjung diingatkan untuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di taman tema tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sunwaylagoon.com/

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

PANDUAN RINGKAS UNTUK WANITA KEKAL KONSISTEN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

HOLISTIC WAY PERKENAL EMPAT PRODUK BAHARU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT & CERGAS