INSKEN LANCAR MYNEPT - SISTEM UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN

 


Anda seorang usahawan? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya? Inginkah anda memperbaiki kelemahan peribadi dan juga memperkasakan lagi kekuatan diri anda?

Institut Keusahawanan Negara Berhad (lNSKEN) melancarkan sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional yang dikenali sebagai MyNEPT bagi membantu usahawan serta bakal usahawan mengenali kecenderungan diri dan ciri-ciri sifat individu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Sistem yang dibangunkan oleh INSKEN ini memberi peluang kepada para usahawan mengukur tahap ciri-ciri yang ada pada diri mereka selain dapat mempersiapkan para usahawan mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (|R4.0). 



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berkata, "MyNEPT dibangunkan bagi membantu para usahawan mengenali ciri-ciri atau personaliti keusahawanan yang ada pada diri mereka untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada tahap keusahawanan sedia ada dengan perbandingan paras nasional dan antarabangsa." 

Jelasnya. para usahawan boleh membuat perbandingan skor dengan usahawan tempatan dan global yang telah berjaya. Perbandingan skor ini sudah pasti dapat membantu mereka untuk mengenalpasti penambahbaikan bersesuaian bagi mengembangkan perniagaan sedia ada berdasarkan kedudukan mereka di dalam graf dan skor yang dijana oleh MyNEPT. 



Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin. sehingga ke hari ini seramai 10 ribu usahawan telah mengambil ujian psikometrik MyNEPT dan disasarkan bilangan itu akan melonjak ke 100,000 usahawan dalam masa terdekat. 

Dalam pada itu, terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh para usahawan sebelum keputusan dan laporan psikometrik MyNEPT ini dijana. Soalan-soalan psikometrik tersebut adalah berdasarkan Iima skop analisa yang dikenali sebagai O.C.E.A.N iaitu: 
  • Openness to experience atau keterbukaan, merupakan ciri personaliti yang gemar mencari pengalaman dan pengetahuan baharu. 
  • Conscientiousness atau sifat berhati-hati. Ia merangkumi ketelitian, cermat dan berdisiplin; 
  • Extraversion atau mudah bergaul. Sifat mencari kepuasan dari sumber-sumber di luar diri sendiri atau dalam komuniti. 
  • Agreeableness atau sifat menyenangkan. Menggambarkan kebolehan individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran." 
  • Neurotisisme di mana kecenderungan individu untuk mengalami emosi negatif seperti marah, bimbang atau kemurungan. Ia juga dikenali sebagai ketidakstabilan emosi. 
Oleh yang demikian, kesemua usahawan dialu-alukan untuk melayari pautan https://www.mynept.com/ bagi membolehkan mereka mendapat keputusan ujian psikometrik MyNEPT secara percuma sekaligus mengenalpasti kelemahan sedia ada. 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA