HUGGIES DRY PANTS BAHARU DENGAN INOVASI “DRY XPERT CHANNEL”

 

Lampin yang basah merupakan perkara yang kerap mengganggu bayi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan serta membuatkan bayi meragam. Sebagai jenama yang dipercayai oleh ibubapa di Malaysia, Huggies® terus membawakan inovasi untuk memberikan perlindungan terbaik bagi bayi. Pada tahun 2019, Huggies® Dry Pants dinamakan sebagai Lampin Dengan Penyerapan Terpantas di Malaysia. 

Kini, Huggies® memperkenalkan Huggies Dry Pants serba baru yang dengan Teknologi Saluran Dry Xpert, untuk penyerapan lebih pantas dan memastikan si manja kekal gembira dengan kulit kering dan selesa. Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan Teknologi Saluran Dry Xpert di rantau Asia-Pasifik. 

“Kulit bayi lebih rapuh dan sensitif bila dibandingkan dengan kulit orang dewasa, dan jika mereka tidak rasa selesa terutamanya apabila kulit mereka berasa lembap, mereka akan rasa resah dan mudah menangis. Dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit seperti ruam lampin. Huggies® memahami keperluan bayi dan ibubapa, dan kini menawarkan lampin dengan perlindungan dan keselesaan berpanjangan menggunakan Teknologi Saluran Dry Xpert”, kata Shweta Vig, Pengurus Pemasaran (Penjagaan Bayi), Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd. 

Teknologi Saluran Dry Xpert dihasilkan dari Huggies® dengan penyelidikan dan ujian yang teliti. Ia mempunyai saluran berbentuk X di teras lampin (diaper core) untuk mengagihkan kelembapan secara rata ke 4 arah untuk penyerapan pantas, memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang pemakaian lampin tersebut. Selain itu, saluran berbentuk X pada pelapik membantu lampin mengekalkan bentuk, menghalang kekenduran, dengan saiz yang sesuai, sama seperti pelukan yang selesa untuk si manja anda. 

Untuk kali pertama di dalam industri ini, Huggies® telah mencipta pengalaman menyeluruh melalui AR untuk menunjukkan Teknologi Saluran Dry Xpert yang inovatif, diciptakan khas untuk rangkaian Huggies Dry Pants. Para ibubapa yang mengunjungi salah satu daripada 300 pasaraya di seluruh negara akan dapat lihat kod QR berdekatan lorong paparan Huggies. Imbas sahaja kod ini untuk ketahui apa itu Teknologi Saluran Dry Xpert dan kongsikan bersama rakan -rakan di media sosial. Tambahan pula, ada hadiah menarik yang menanti di akhir pengalaman AR ini. 

“Huggies® memahami bahawa ibubapa hanya mahukan yang terbaik untuk bayi mereka, dan kami bersetuju. Kami juga mahukan pengalaman terbaik untuk ibubapa, dan kali ini kami gembira untuk memberikan pengalaman Saluran Dry Xpert melalui penggunaan AR. Ini membolehkan kami untuk bukan sahaja mendidik pengguna dengan cara yang menyeronokkan untuk meneroka teknologi lampin kami, ia juga memberikan kami peluang untuk berhubung dan berinteraksi dengan ibubapa. Mereka juga dapat berkongsi maklum balas mereka mengenai teknologi kami sekalipun mereka berada di rumah. Melalui pelancaran AR ini, ibubapa akan dapat merasai apa yang ditawarkan oleh Huggies Dry Pants,” kata Shweta Vig. 

Huggies Dry Pants dengan Teknologi Saluran Dry Xpert serba baru ini akan tampil dengan reka bentuk yang comel. Ia akan tersedia dalam pelbagai saiz (M, L, dan XL) manakala saiz XXL dengan Teknologi Saluran Dry Xpert akan datang pada Januari 2021. Huggies Dry Pants boleh didapati di pelbagai peruncit utama dan peruncit dalam talian di Malaysia. Harga bermula dari RM29.90. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Pants dengan Teknologi Saluran Dry Xpert, sila layari: 

Laman web rasmi Huggies® Malaysia : https://www.Huggies.com.my/
Huggies® Malaysia Facebook https://web.facebook.com/HuggiesMalaysia/ dan 
Huggies® Malaysia Instagram https://www.instagram.com/Huggiesmy/


*sementara stok masih ada

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA