LIPTON & PEACE ONE DAY RAIKAN HARI KEAMANAN SEDUNIA 2020


Lipton, sebagai jenama teh terkemuka dunia, dan Peace One Day bergabung tenaga sempena Hari Keamanan Sedunia yang diakui oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 21 September 2020, dalam memberi inspirasi kepada dunia supaya menjadikan waktu santai, yang sinonim dengan sesi minum teh, sebagai waktu keamanan, bersesuaian dengan tema “Make Tea Time Peace Time”. 

Menerusi usahasama ini, kedua-dua organisasi bekerjasama untuk mengilhamkan suatu detik perpaduan global, di mana menara jam dan mercu tanda ikonik di seluruh dunia akan diambil alih dan disinari dengan mesej yang menyeru masyarakat untuk berkomunikasi dan seterusnya mempraktikkan “Make Tea Time Peace Time”. Mesej positif ini disebarkan ke seluruh dunia, merentasi lapan zon masa, bermula dari Sydney, Australia; ke Kuala Lumpur, Malaysia; melintasi Dubai, UAE; menjangkaui benua Eropah - London, Paris, Brussels, Berlin, Rotterdam dan Amsterdam; terus menyeberang ke Amerika Selatan di Mexico, Guatemala dan Brazil. 

Seruan ini amat penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang di mana kita didepani cabaran berhubung dengan insan tersayang ketika berjauhan di saat dunia dilanda krisis pandemik. Lipton bertekad dalam menganjurkan sesi komunikasi yang berkualiti sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan positif. Lipton percaya bahawa keamanan akan terbentuk apabila masyarakat menjalinkan hubungan yang lebih erat. 

Dengan lebih 311 juta teh Lipton diminum* setiap hari di seluruh dunia, Lipton ingin menyeru masyarakat untuk menggunakan detik tersebut pada 21 September dan seterusnya untuk berhubung dengan yang lain dan seterusnya meluangkan masa demi keamanan. 

Di sini di Kuala Lumpur, mesej dan seruan ini dipancarkan kepada ribuan pengunjung di Pavilion, Bukit Bintang. Turut memeriahkan usaha Lipton ini adalah selebriti tempatan Janna Nick dan Deborah Henry yang bersama-sama menggalakkan komuniti mengamalkan “Make Tea Time Peace Time,” dengan berkongsi memori peribadi mereka berdamai dengan seseorang yang membawa kesan positif dalam kehidupan mereka. 

Jeremy Gilley, Pengasas Peace One Day berkata: “Matlamat Peace One Day adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai #HariKeamanan atau #PeaceDay dan menggalakkan tindakan bagi mengurangkan keganasan di seluruh dunia. Tahun ini, kami berhasrat untuk berhubung dengan 4 bilion orang dalam 24 jam dan amat berbesar hati bekerjasama dengan Lipton, untuk mencapai matlamat ini. Kami bersama Lipton ingin menggalakkan orang ramai untuk berkomunikasi, mengeratkan hubungan yang berkualiti dan menerapkan tarikh 21 September sebagai hari untuk keamanan sedunia dan kerjasama antara budaya pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini.” 

Marc Schroeder, Ketua Pegawai Eksekutif Pepsi Lipton berkata: "Hari Keamanan pada tahun ini adalah lebih penting berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kami percaya keamanan dapat disebarkan apabila masyarakat membentuk hubungan yang erat. Tiada yang lebih bermakna selain daripada meluangkan masa untuk berkomunikasi, memahami dan berkongsi antara satu sama lain." 

“Kami yakin dengan hanya meluangkan 15 minit sehari untuk usaha menjalinkan hubungan yang berkualiti akan membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan positif. Waktu santai atau lebih sinonim dengan waktu minum teh adalah satu titik pertemuan yang spontan untuk orang ramai meluangkan masa bersama-sama, dan Lipton kini dalam misi untuk menggalakkan waktu minum teh di seluruh dunia sebagai waktu untuk kita memahami dan berdamai antara satu sama lain. 

"Hubungan erat sememangnya adalah kekuatan dan asas untuk keamanan. Kami berharap penglibatan kami dengan Peace One Day dapat memberi inspirasi kepada masyarakat seluruh dunia untuk meluangkan masa, untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memupuk keamanan pada hari ini." 

Lipton turut menggalakkan komunitinya yang kini berada di lebih 100 negara untuk menjadi duta keamanan dan kepentingan komunikasi melalui inisiatif yang menggalakkan mereka untuk berkongsi dengan masyarakat seluruh dunia bagaimana mereka mengamalkan “Make Tea Time Peace Time”. Penyertaan yang terbaik akan disiarkan secara langsung dalam talian kepada penonton dan peserta di Live Global Digital Experience Peace One Day. Pelbagai acara menarik disediakan pada program yang diadakan secara percuma selama sehari ini yang akan berlangsung pada 21 September dan telah diterbitkan oleh pengasas, Jeremy Gilley dan pelakon, Jude Law.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA