LV LIVING YOUNG AESTHETIC KINI DIBUKA DI PUTRAJAYA

 


LV Living Young Aesthetic, spa kecantikan yang terbaharu di Presint 15, Putrajaya kini membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai. Pusat kecantikan yang berlandaskan teknologi canggih menawarkan pakej rawatan eksklusif dengan tumpuan khusus kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan harga mampu beli.

Majlis pelancaran LV Living Young Aesthetic telah disempurnakan oleh pengasasnya Fiona Dayang dan juga tetamu kehormat Datin Havreen Kaur. Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran tetamu undangan termasuk para jelitawan daripada beberapa pertandingan ratu cantik tempatan, para media dan sebagainya. 


Pengarah Kecantikan LV Living Young Aesthetic, Fiona merupakan pemegang ijazah Masters in Business Management dan juga menyandang jawatan sebagai pengarah di Syarikat Ambang Angkasa Sdn Bhd, sebuah SME yang pernah memenangi anugerah dalam perkhidmatan automasi pejabat. Beliau juga mempunyai sijil dalam bidang kecantikan. Dengan adanya pusat kecantikan ini, beliau berharap dapat memberikan penyelesaian berteknologi tinggi yang selamat kepada orang ramai pada harga mampu beli.

LV Living Young Aesthetic menawarkan khidmat rawatan individu berpandukan keperluan, jenis kulit setiap pengguna yang berbeza. Pakar kecantikan dan terapi yang berpengalaman ditugaskan untuk memberi penyelesaian kepada setiap pelanggan untuk hasil yang diidamkan dengan selamat.

Tetamu kehormat Datin Havreen Kaur mengucapkan tahniah kepada Puan Fiona Dayang atas pembukaan LV Living Young Asthetic di Putrajaya


“Pelanggan adalah keutamaan kami,” tegas Fiona dalam ucapan alu-aluannya di majlis perasmian LV Living Young Aesthetic. “Kami menggunkakan produk berkualiti tinggi dan peralatan kecantikan berteknologi canggih yang mempunyai kelulusan FDA dan HSA.”

Menurut Fiona lagi, “Setiap orang berpeluang dan layak untuk mempertingkatan kecantikan dan penampilan diri, dan kekal yakin dengan diri mereka. Kulit yang hebat bukannya diperolehi secara kebetulan. Ia terhasil dengan penjagaan professional. Saya percaya LV Living Young Aesthetic dapat membantu anda mencapai wajah cantik dan tubuh menarik yang diidamkan dengan menggunakan peralatan berteknolgi canggih.” 



LV Living Young Aesthetic mempunyai kepakaran dalam pelbagai jenis rawatan kecantikan untuk wajah, kulit, tubuh dan penyelesaian estetik yang terbukti berkesan, selamat dan mendapat pujian daripada pelanggan. 

Rawatan untuk muka merangkumi penyelesaian untuk masalah jerawat, parut, pori-pori, pigmentasi, tona warna kulit yang tidak sekata, garis penuaan, masalah tahi lalat, augmentasi bibir, dan banyak lagi.

Untuk kulit pula rawatan yang ditawarkan adalah Microdermabrasion, Pigmentation Treatment, Laser Treatment, Hydra R Intensive Booster, Volumization & Rejuvenation and Anti Aging Treatments. LV Living Young Aesthetic menggunakan teknologi laser yang terkini untuk memberikan rawatan rejuvinasi kulit yang efektif dengan mengurangkan ketidakselesaan dan kesan sampingan ke tahap yang paling minimum. 



Antara solusi yang menjadi tumpuan adalah HIFU Face Lifting, rawatan wajah tanpa pembedahan generasi baharu yang menghasilkan wajah yang lebih muda tanpa penggunaan jarum dan suntikan, kesakitan atau tempoh penyembuhan yang lama. 

LV Living Young Aesthetic juga menawarkan solusi untuk tubuh badan seperti Lipotrimm, Accusculpt, CoolSculpting, Firm & Lift, pelangsingan tubuh dan menghapuskan tanda regangan.

Kepada yang inginkan mempertingkatkan estetik diri, LV Living Young Aesthetic juga menawarkan rawatan pembesaran dan penegangan patudara, Face Lift & Facial Bone Reshaping, Fat Injection, Dermal Fillers Threads dan Platelet Rich Plasma (PRP).

LV Living Young Aesthetic juga merupakan wakil penjual langsung untuk rangkaian produk kecantikan Wonderlab di Putrajaya.



“Dengan slogan [Your Beauty is Our Inspiration], LV Living Young Aesthetic adalah satu tempat untuk mengenal pasti pejalanan dari seorang biasa kepada seorang yang luarbiasa”, tambah Fiona menutup bicara. 

LV Living Young terletak di No. 9, Aras Bawah, Jalan Pahang, Presint 15, Putrajaya dan dibuka mulai 10.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di mana waktu perniagaan dilanjutkan sehingga 8.00 malam. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi talian +6012 2138139. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!