PESTA KUIH BULAN: MID-AUTUMN SYMPHONY @ PAVILION KL


Jamu selera anda dengan citarasa antarabangsa di Pavilion Kuala Lumpur dari sekarang sehingga 1 Oktober sempena Pesta Kuih Bulan atau juga dikenali sebagai  Mid-Autumn Festival dan juga sambutan Hari Malaysia. Pavilion Kuala Lumpur mempersembahkan kempen Mid-Autumn Symphony dan Journey Of Taste yang menawarkan pelbagai makanan lazat, tawaran hebat dan aktiviti-aktiviti yang menarik.



MID-AUTUMN SYMPHONY 

Raikan bersama Pesta Kuih Bulan yang menandakan pertengahan musim luruh dari sekarang sehingga 1 Oktober di Pavilion Kuala Lumpur. Saksikan keindahan lebih 2,000 tanglung berwarna-warni yang digantung di Centre Court dan juga hiasan berbentuk ikan dan kuntuman bunga di Spanish Steps, yang melanbangkan keindahan dan kerahmatan pertengahan musim luruh. 



Di Centre Court juga terletaknya Mooncake Fair, yang membawakan hidangan bermusim ini oleh 20 hotel dan restoran terkemuka. Dapatkan kuih bulan dalam pelbagai perisa, dari perisa tradisional dan kuih bulan halal, perisa durian dan cokelat, semuana dibungkus dengan penuh kesenian dan cantik, sedia untuk dijadikan hadiah. Jangan lupa dapatkan tanglung yang beraneka warna yang dijual di sini. Pesta ini turut disertai oleh Hang Heung Cake Shop, sebuah kedai kek yang berusia lebih 100 tahun dari Hong Kong yang terkenal dengan mutu yang tinggi dan pastri yang unik. 


Pelbagai persembahan dan aktiviti turut diadakan untuk para pengunjung di bulan September, termasuk Lantern Symphony Opening Drum Performance, Demonstrasi membuat Kuih Bulan oleh Grand Imperial, Lukisan warna air, acara tarian dan nyanyian serta perarakan tanglung.



MID-AUTUMN SYMPHONY REWARDS 

Berbelanjalah sambil mendapatkan ganjaran! Bawa pulang sepasang Lily Fish dengan pembelian minimum RM200 di Mooncake Fair atau RM250 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih. Kepada yang berbelanja melebihi RM 1,500 dalam satu resit, mereka akan menerima Festivity Gift yang terdiri daripada sebuah BODUM Travel Mug dan kuih bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

JOURNEY OF TASTE 

Penggemar makanan, jom jamu selera dengan beraneka hidangan gourmet antarabangsa dan tempatan bersama Journey of Taste yang menampilkan lebih 30 jenis hidangan di Pavilion KL. Semuanya ada, mengikut tema destinasi dan juga menampilkan ganjaran.


MAYBANK EXCLUSIVE 

Pengunjung yang menjamu selera di Pavilion KL akan menerima BODUM Travel Mug dengan pembelian minimum RM250 dalam satu resit di kedai-kedai F&B atau RM500 dalam satu resit di kedai-kedai lain di Pavilion KL dengan menggunakan sebarang Kad Kredit atau Caj Maybank. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, ikuti https://www.instagram.com/pavilionkualalumpur/ atau hubungi Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM