MINI MALAYSIA PERKENALKAN MINI ELEKTRIK EDISI PERTAMA


MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Elektrik Edisi Pertama serba eksklusif buat julung kali di dalam negara pada hari ini. Hanya 15 unit jentera elektrik tulen ini yang bakal disediakan lengkap dengan estetika reka bentuknya yang tersendiri, serta ciri-ciri kemewahan dan keselesaan yang bertaraf tinggi. 

“Bulan lalu, MINI Malaysia dengan suka citanya telah merungkaikan MINI Elektrik Tulen terbaharu, lantas menandakan titik sejarah yang penting dalam inisiatif elektrifikasinya. Kami berbesar hati untuk mempersembahkan pengalaman pemanduan yang tercanggih, digandingkan dengan sensasi pemanduan ala go-kart dalam era ini, tanpa mengkompromikan keterujaan pemanduan maksimum yang dijanjikan. Hari ini, MINI Malaysia menggabungkan ciri-ciri keeksklusifan yang terunggul dengan MINI Elektrik Edisi Pertama,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia. 

“Berlandaskan dorongan dan kecemerlangan inovatif ke arah mobiliti elektro, MINI bukan sahaja ingin melangkaui jangkaan warga MINIacs yang memahukan sensasi pemanduan yang menyeronokkan, malah turut memberi penekanan terhadap kepentingan kenderaan elektrik dan permintaan ke atasnya. Kami berbesar hati untuk menyaksikan peningkatan dalam permintaan kenderaan elektrik dan kami akan terus berikhtiar untuk menyebarkan kesedaran tentang mobiliti elektro di Malaysia,” tambah Hoelzl. 

Hanya berbekalkan 15 unit di Malaysia, keeksklusifannya tidak dapat lagi ditandingi—hadir dengan ketutup sisi dan ambang pintu yang merangkapkan bilangan tersedia dalam format teks seperti ini: “one of fifteen”. MINI Elektrik Edisi Pertama juga memperkenalkan warna eksterior baharu, iaitu MINI Yours Enigmatic Black. 

MINI Elektrik Edisi Pertama membawakan kemewahan dan keselesaan bertaraf premium pada interiornya dengan MINI Yours Walknappa Leather Lounge Upholstery dan MINI Yours Walknappa Leather Steering. Pada waktu malam, MINI elektrik ini diterangi dengan MINI Yours Illuminated Interior Surface melalui pencahayaannya yang meliputi 12 pilihan warna ambien. Di samping itu, Bumbung Kaca Panorama jentera MINI Elektrik Edisi Pertama ini membolehkan penumpang melihat langit dengan jelas pada waktu siang mahupun malam. 

Gaya elektrifikasi. 

MINI Elektrik Edisi Pertama mempersembahkan gaya unik, memperhalusi iras yang eksentrik sambil meluahkan sifat individualis jentera ini dan pemiliknya. Berdasarkan kombinasi pengendalian go-kart MINI, aspek kelestarian, dan estetika premium urban, pemanduan elektrik menjadi dambaan gaya hidup yang terunggul. 

MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black yang eksklusif, menampilkan bilah hadapan serta pelitup cermin sisi dengan ciri aerodinamik yang optimum dalam warna Energetic Yellow. Sebagai alternatif, MINI Elektrik Edisi Pertama juga ditawarkan dalam warna White Silver yang popular dengan penggayaan Energetic Yellow. Bumbung bagi kedua-dua warna tubuh eksterior ini akan disediakan dalam warna Hitam, dan disempurnakan dengan Bumbung Kaca Panorama. 

Jentera tiga pintu yang eksklusif ini hadir dengan Lights Package yang merangkumi lampu hadapan Matrix LED dan lampu belakang LED yang menampilkan gubahan Union Jack yang ikonik. Kenderaan ini turut membawakan Ambang Pintu Edisi Pertama dan Ketutup Sisi Edisi Pertama, yang memberi indikasi terhadap keeksklusifannya - “one of fifteen”. 

MINI Elektrik Edisi Pertama didatangkan dengan geometri pelitup khas. Cermin interior dan eksterior dengan ciri anti-silau juga disediakan sebagai standard. MINI eksklusif ini menampilkan set roda 17 inci dalam dwitona MINI Electric Power Spoke dengan tayar ‘run flat’. Di seksyen belakang, MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan komponen penutup titik pengecasan yang diembos dengan lencana E mengikut warna eksklusif tubuh jentera tersebut – MINI Yours Enigmatic Black. 



Lincah dan mempunyai jejak karbon minimum

Seperti MINI Elektrik Tulen, MINI Elektrik Edisi Pertama dikuasakan oleh motor elektrik segerak dalam versi dinamik terbaharu, dibangunkan oleh BMW Group. Enjin elektrik gandar hadapan mampu menjana 135 kw/184 kk, serta unit bateri 12-modul berbentuk T mempunyai kapasiti bersih berjumlah 28.9 kWh. MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan puncak tork berjumlah 270 Nm, mempunyai emisi karbon sifar, dan mengguna pakai 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km. 

Berupaya untuk mencatat kelajuan tertinggi mencecah 150 km/j dan jarak operasi sejauh 234 km (WLTP) atau 270 km (NEDC), jentera ini juga mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.3 saat. Dengan transmisi kelajuan tunggal dan diferensial terintegrasi yang memaksimumkan sensasi pemanduan ala go-kart MINI, jentera eksklusif ini bakal melangkaui reputasinya. 

MINI Elektrik Edisi Pertama lengkap dengan pacuan pedal tunggal yang merupakan sebahagian daripada karakteristik pemanduan yang ditawarkan melalui MINI Elektrik Tulen. Ia bermakna kenderaan berkuasakan elektrik ini boleh diperlahankan pada kelajuan rendah tanpa menggunakan sistem brek, lantas hanya memerlukan penggunaan satu pedal. MINI Elektrik Edisi Pertama menampilkan fungsi pengehad gelincir roda (ARB) yang menambah baik tahap cengkaman secara signifikan dengan membekalkan kawalan yang lebih pantas. Empat mod pemanduan: Sport, Mid, Green dan Green+ disediakan dalam MINI Elektrik Edisi Pertama. 

Gandingan antara kemewahan dan keselesaan

MINI Elektrik Edisi Pertama mempersembahkan estetika rekaan premium dengan ciri-ciri keselesaan yang bertaraf tinggi. Interior jentera baharu ini merangkumi MINI Electric Cockpit Fascia, butang Mula/Henti MINI Electric dalam warna Kuning, hamparan lantai velor MINI Electric, tuil pemilih elektronik dengan gubahan ‘Electric’, serta suis togol pemulihan tenaga brek. Cermin pandang belakang dengan ciri anti silau juga dilengkapi sebagai standard. 

Eksklusif untuk MINI Elektrik Edisi Pertama, MINI Yours Walknappa Leather Lounge Upholstery dan MINI Yours Walknappa Leather Lounge Steering Wheel turut ditawarkan bersama. MINI eksklusif ini lengkap dengan kerusi Leather Cross dalam warna Carbon Black, penyaman udara automatik dua zon, serta pencahayaan ambien iluminasi 12 warna oleh MINI. Seperti MINI Elektrik Tulen, ruang muatan MINI eksklusif ini yang berkapasiti 211 liter boleh ditingkatkan kepada 731 liter. 

Pelbagai maklumat navigasi dipersembahkan melalui Sistem Navigasi MINI 8.8 inci yang hadir dengan aplikasi MINI Connected yang lengkap, ia merangkumi Teleservices, Servis Jarak Jauh (Remote Services), Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call), MINI Dalam Talian (MINI Online) dan Apple CarPlay. Jentera ini juga membawakan Papar Pandu (Head Up Display), Sistem 12 Pembesar Suara Harman Kardon, dan fungsi pengecasan tanpa wayar untuk telefon mudah alih pengguna. 

Kluster Instrumen Digital ditawarkan sebagai standard, ia mampu memaparkan maklumat penting seperti kelajuan, jarak operasi, dan status pengecasan bateri. Ia juga boleh memaparkan Mod Pemanduan MINI (MINI Driving Mode) semasa, yang kemudiannya mengkalibrasi warna yang dipaparkan pada bulatan cahaya yang terletak di instrumen sentral. 

Maklumat mengenai laporan pengesanan isyarat trafik dan penunjuk arah daripada sistem navigasi dibekalkan kepada pemandu melalui kluster instrumen digital, yang turut memberikan akses ke atas senarai nombor telefon dan program audio. 



100% elektrik, emisi sifar

MINI Elektrik Edisi Pertama hanya memerlukan kira-kira 36 minit untuk dicas dari kapasiti sifar sehingga 80% melalui stesen pengecasan DC. Begitu juga dengan MINI Wallbox Plus yang dapat mengecas sehingga kapasitinya mencecah 80% dalam masa dua jam setengah. Di rumah, jentera elektrik ini boleh dicas sehingga kapasitinya mencecah 80% dalam masa 12 jam menggunakan kabel pengecasan kontingensi berwarna kuning yang ditawarkan bersama kenderaan tersebut. Progres pengecasan jentera ini boleh dilihat di bahagian dalam komponen penutup titik pengecasan. 

MINI eksklusif ini dilengkapi dengan MINI eDrive untuk membekalkan perkhidmatan digital dan fungsi-fungsi pintar demi pemanduan yang lancar. Green Driving Assistant (GDA) membekalkan fungsi yang bermanfaat seperti Pembantu Jarak Operasi (Range Assistant) yang memberikan pelbagai solusi kepada pemandu ketika ketandusan bateri. Ia boleh menyarankan laluan yang lebih efisien (Green Route), mod pemanduan atau stesen pengecasan yang terdekat, agar para pemandu dapat menyempurnakan perjalanan mereka. Lingkungan jarak operasi juga akan memaparkan jarak dalam mod pemanduan yang dipilih pada peta navigasi. 

Pemanduan efisien melalui ciri-ciri bantuan pintar

MINI Elektrik Edisi Pertama didatangkan dengan Sistem Bantuan Memandu, iaitu pakej sistem bantuan memandu berasaskan kamera yang meliputi Info Had Kelajuan serta bantuan lampu puncak yang diaktifkan secara automatik pada kelajuan 50 km/j dan ke atas, atau dalam keadaan pencahayaan eksterior yang kurang baik. Sistem Bantuan Memandu ini juga lengkap dengan amaran pejalan kaki dengan fungsi pembrekan ringan (light city braking) serta amaran kawalan penghampiran objek (approach control warning) dengan fungsi pembrekan ringan. Pembantu Parkir, Kawalan Jarak Parkir hadapan dan belakang, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, berserta pakej-pakej Wired turut ditawarkan sebagai standard bersama jentera eksklusif ini. 

MINI Connected App pula membekalkan maklumat yang jelas mengenai status kenderaan seperti jarak operasi, progres pengecasan, jangkaan tempoh kenderaan dicas penuh, serta suhu interior yang boleh diprasediakan sementara kenderaan ini sedang dicas. Aplikasi tersebut juga memaparkan statistik pemanduan peribadi serta tutorial untuk membantu pemandu mempelajari kemahiran memandu yang efisien. 

Tempahan bagi MINI Elektrik Edisi Pertama eksklusif ini boleh dibuat di semua pusat pengedaran MINI bertauliah di seluruh negara. 

Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance). 

MINI Elektrik Edisi Pertama diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun; Talian Bantuan dan Kecemasan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility); Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi. 

Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808. 

Servis Dalam Talian MINI

Kini lebih mudah untuk membuat janji temu. Program servis dalam talian baharu ini membolehkan para pelanggan menjadualkan servis keperluan mereka secara terus dengan wakil pengedar MINI bertauliah pilihan masing-masing melalui www.service.mini.my

Pembiayaan MINI

Dengan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Elektrik Edisi Pertama bermula daripada RM 2,728.00 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun). 



MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI, Waranti Bateri Voltan Tinggi 8 Tahun / 100,000 KM dengan Servis Berjadual Percuma. Harga Jualan yang Disyorkan dengan Pengecualian Cukai Jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah: 

MINI Elektrik Edisi Pertama: RM 238,380.78 

Maklumat lanjut mengenai MINI Elektrik Edisi Pertama boleh didapati di www.mini.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"