PESTA KUIH BULAN: KEMERIAHAN MUSIM LURUH DI DA MEN USJ


Raikan kepelbagaian budaya dan perayaan Malaysia di Pesta Tanglung di Da Men USJ yang menampilkan hiasan menarik untuk diinstagramkan, aktiviti yang menyeronokkan, ganjaran pembelian dan banyak lagi.



Dari sekarang sehingga 31 Oktober, kunjungilah Mid-Autumn Zodiac Garden sbuah taman di luar pintu masuk Da Men USJ yang dihias indah dengan kuntuman bunga sakura, 12 haiwan zodiak Cina dan tanglung berwarna-warni. 




Lantern Street di Da Men USJ menampilkan pelbagai kuih bulan dan aktiviti menarik seperti perarakan tanglung, persembahan, pertandingan kostum dan cabutan bertuah. 


Dapatkan ganjaran dengan setiap pembelian RM80 dalam satu resit (RM60 untuk ahli kad Public Bank) dengan menebus sebuah tanglung tradisional eksklusif. Pembelian RM100 dalam satu resit melayakkan anda untuk mendapatkan satu tin Abalone Soon Thye Hang (400gm) dengan harga RM35 (Harga asal RM118 satu tin). 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Da Men USJ di www.damenmall.com, ikuti laman  Instagram  https://www.instagram.com/damenmall/ atau hubungi talian khidmat pelanggan Da Men USJ di 03 8021 0222.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA