SAMBUTAN RAMADAN AL-MUBARAK DAN HARI RAYA BERSAMA RIANG RAMADAN RAYA MARRYBROWN!
Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, untuk umat Islam berpuasa selama sebulan sekaligus akan menyambut Hari Raya pada tahun ini, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain – tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!
Marrybrown sekali lagi memperkenalkan sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan “tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka. Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir senyuman kepada semua yang mencubanya.
“Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu sambutan perayaan terbesar di Malaysia dan kami sebagai warga tempatan memang gemar makanan yang sedap ketika berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Rendang mempunyai keunikan rasa yang lazat dan disukai ramai. Kami berharap dapat memberikan suasana kampung kepada para pelanggan melalui menu kami,” Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown menjelaskan.
Penyokong Memang Best boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Pelanggan juga boleh memilih Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90. Bagi mereka yang gemar makanan ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.
Jika penggemar yang ingin mencuba kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, anda boleh memilih Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90. Sekarang anda juga boleh menikmati produk baharu dari Marrybrown iaitu Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50. Set juadah bersama keluarga pula, anda boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.
“Menu Riang Ramadan Raya Marrybrown tiba pada waktu yang tepat untuk sajian bersama ahli keluarga dan sahabat handai di bulan yang mulia ini. Di Marrybrown, kami senantiasa mencari inovasi dan meberi kepada para pelanggan untuk menikmatinya pada setiap perayaan. Kami percaya bahawa menu Riang Ramadan Raya ini akan menjadi tarikan buat semua di sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri,” kata Dato’ Joshua Liew.
Untuk menjadikan Bulan Ramadan lebih riang, Marrybrown telah menyumbangkan barangan keperluan sekolah bernilai lebih RM10,000 melalui Persatuan Kebajikan Marrybrown, dengan komitmen untuk membantu anak-anak yatim dari segi keperluan persekolahan supaya mereka boleh menuntut ilmu dengan penuh yakin dan motivasi bagi sesi tahun ini.
Marrybrown sehingga hari ini telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Marrybrown, Aplikasi Marrybrown, promosi dan servis penghantaran, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
Comments
Post a Comment