ROBOROCK LANCAR RANGKAIAN PEMBERSIH HAMPAGAS ROBOTIK S8 SERIES BAHARU


Roborock, pencipta peralatan rumah robotik yang pintar telah melancarkan Roborock S8 Series di Malaysia. Roborock S8 series ini menampilkan ciri baharu iaitu peningkatan dalam kuasa sedutan dan dwi-berus penggelek (dual roller brush). Siri ini terdiri daripada tiga model Roborock S8 Pro Ultra, Roborock S8+, dan Roborock S8.



Teknologi membersih Roborock yang canggih memastikan setiap ceruk rumah dibersihkan dengan sempurna untuk menghasilkan ruang kediaman yang bersih, nyaman dan sihat. Ini adalah penting terutamanya ketika menyambut musim perayaan seperti hari raya. Dengan Roborock, anda dapat menjimatkan masa dalam membersihkan rumah dan meluangkan lebih masa bersama keluarga.

 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Miss Joan Hu, Pengarah Roborock Asia-Pasifik, Mr. Elvis Wang, Pengarah Jualan Luar Negara Roborock dan Mr. Andy Ma, Pengarah Tonboo International. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Daphne Iking yang turut berkongsi pengalaman menggunakan Roborock S8 Pro Ultra.


Roborock S8 series tersedia di stor AiHome di IOI City Mall, One Utama, Mid Valley Megamall, Setapak Central Mall, Sunway Velocity, dan iGadgets Pavilion Bukit Jalil, dan juga platform beli-belah Shopee dan Lazada mulai bulan Mac 2023. Roborock S8 Pro Ultra berharga RM5,599, Roborock S8+ - RM3,999 dan Roborock S8 - RM2,699.

Untuk maklumat lanjut, sila layari global.roborock.comwww.facebook.com/RoborockMY and www.instagram.com/roborock_my  


Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI