DOMINO’S MALAYSIA PERKENAL PIZZA PUFF RM9.90
Kita semua kenal detik ini: perut mula berkeroncong, gaji belum masuk, bajet pula ketat. Nak makan sesuatu yang puas, tapi tak mahu hidangan yang buat lapar semula sejam kemudian.
Bagi ramai rakyat Malaysia, situasi ini semakin biasa. Dengan kos sara hidup yang terus meningkat, setiap pembelian makanan kini lebih berhati-hati. Orang bukan sekadar mencari harga murah, tetapi hidangan yang benar-benar mengenyangkan dan berbaloi dengan setiap ringgit.
Domino’s Malaysia melihat perubahan gaya makan ini. Semakin ramai pelanggan menikmati hidangan seorang diri – sama ada sekadar alas perut antara mesyuarat, selepas kelas, atau sekadar memenuhi craving tanpa perlu pesan satu pizza penuh. Dari situlah lahirnya Pizza Puff, cara baharu menikmati pizza untuk momen harian.
Dibalut dengan pastri keemasan yang rangup dan dilipat separuh bulan, Pizza Puff mengekalkan kepanasan serta inti yang penuh, memberikan setiap gigitan rasa puas dari mula hingga akhir. Ia membawa rasa Domino’s yang familiar dalam format baharu – mudah dinikmati bila-bila masa, hanya dengan RM9.90.
“Walaupun bajet ketat, pelanggan tetap mahukan makanan yang rasa rewarding,” kata Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Domino’s Malaysia, Singapura dan Cambodia. “Craving boleh datang bila-bila masa. Pizza Puff ialah jawapan – satu poket penuh rasa yang padat, berbaloi dan direka untuk dinikmati seorang.”
Pizza Puff hadir dalam tiga pilihan:
Loaded Beef – daging cincang, pepperoni daging, sos BBQ berasap dan mozzarella cair.
Loaded Chicken – sosej ayam, pepperoni ayam, sos tomato pizza dan mozzarella cair.
Loaded Cheese – inti keju cair pekat dengan lapisan mozzarella dan sos tomato.
Dengan harga hanya RM9.90 untuk setiap variasi, Pizza Puff ialah pilihan mudah bagi mereka yang makan seorang tetapi tetap mahukan rasa dan nilai. Sama ada waktu rehat tengah hari, selepas kelas, atau dalam perjalanan pulang, Pizza Puff membuktikan craving pizza tak semestinya perlukan saiz penuh.
Pizza Puff kini boleh didapati untuk masa terhad di semua cawangan Domino’s Malaysia – untuk bawa pulang, penghantaran atau makan di restoran. Pesanan boleh dibuat melalui laman web Domino’s, aplikasi Domino’s atau terus di cawangan. Untuk maklumat lanjut, layari www.dominos.com.my atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.
.jpg)
Comments
Post a Comment