HIDANGAN IFTAR ALA-KENDURI DI DE’ KENDURI BY LUTFI YUSSOF, KUALA LUMPUR


Setiap kenduri pastinya ada menunya yang tersendiri. Contohnya, bahagian kenduri kahwin akan membawakan hidangan yang sinonim dengan kenduri kahwin seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar buah manakala Bahagian Kenduri Rumah Terbuka akan menawarkan hidangan seperti lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.


Dengan hanya RM70 seorang dewasa atau RM40 bagi kanak-kanak, anda boleh makan hidangan kenduri sepuas-puasnya. Uniknya hidangan bufet IFTAR @ De' Kenduri terletak pada kebih 70 hidangan lauk-pauk dan kuih-muih yang bertemakan kenduri - kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, kenduri rumah terbuka, kenduri doa selamat, kenduri naik pangkat dan sebagainya. Menarik, bukan?

Pemilik De' Kenduri - En Lutfi Yussof   

Terdapat pelbagai gerai masakan “live” di mana pelbagai hidangan yang enak disediakan segar di depan mata anda sendiri! Antara hidangan tersebut adalah kambing bakar, sate, apam balik, cendol, ABC dan kuetiao goreng.





Contoh menu yang bakal menanti adaa di De' Kenduri (menu akan bertukar mengikut hari)

*STALL 1 - Kenduri Kahwin*
- Nasi Hujan Panas
- Ayam Kicap Mamak
- Kari Kambing
- Acar


*STALL 2 - Kenduri Kesyukuran*
- Nasi Putih
- Ayam Paprik
- Daging Merah
- Kailan Ikan Masin
- Aneka Sambal
- Ulaman2


*STALL 3 - Kenduri Doa Selamat*
- Nasi Putih
- Masak Lemak Telur Itik
- Asam Pedas Ikan Pari
- Sambal Udang Petai
- Msk Lemak Cili Api Siput Sedut


*STALL 4 - Sambal & Ulaman Station*
- Sambal Tempoyak/Sambal Machang
- Cencaluk/Budu
- Ulaman rebus
- Peria bercili
- Sambal Jering Tua
- Sambal Bilis + Terung Pipit
- Masak Tempoyak + Petai
- Ikan Masin
- Telur Asin
- Pecal


*STALL 5 - Kenduri Rumah Terbuka*
- Lemang & Ketupat
- Rendang Ayam
- Satay
- Kambing Bakar
- Set Bihun Soto
- Laksa Penang
- Rojak Buah
- Kerabu Maggi


*STALL 6 - Kenduri Majlis Hari Lahir*
- Aneka Pastries
- Aneka Kuih Melayu
- Cendol & ABC
- Live char kuey teow


*STALL 7 - Kenduri Naik Pangkat*
- Apam Balik Crunchy
- keropok Lekor
- Bubur Keledek
- Pengat Pisang
- Bubur Chacha
- Cucur Goreng Panas²
- Roti Jala + Kari Ayam


Sambil anda menjamu selera, anda akan dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu tradisional oleh pemuzik ghazal yang dibawakan khas dari Johor.


Hidangan buffet IFTAR @ De’ Kenduri ini sedang berlangsung dari 25 Mac hingga 19 April (Tutup: Setiap Isnin kecuali 17 April 2023) di De’ Kenduri, Jalan Yap Kwan Seng.

Untuk tempahan, sila hubungi 013-3862524 - Nazar.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.