PENCALONAN UNTUK ANUGERAH CEMERLANG THE KNIGHTS AWARD KINI DIBUKA

Dr Zyro Wong, Pengasas TKA2023

The Knights Award 2023 (TKA2023), anugerah kecemerlangan anjuran Kelab Perniagaan UKnighted, telah dilancarkan dengan rasmi dan dibuka untuk pencalonan mulai sekarang. Pencalonan bagi 24 anugerah yang dipertandingkan ini dibuka untuk mengiktiraf individu atau syarikat korporat dalam sumbangan mereka dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dan negara.


Majlis pelancaran TKA2023 telah dilangsungkan di KL Gateway Vogue Lounge, Kuala Lumpur dan diserikan dengan kehadiran deejay wanita No. 1 Asia Leng Yein, Naib Pengerusi Koperasi Pasaraya Berhad Dato' Isman Norddin, pelakon TVB Hong Kong Chen Jianwen, pelakon TVB Andy Lau Tin Lung, Dato Jonathan Lim, Datin Maylene, pereka fesyen terkenal Bon Zainal, wakil jenama terkenal seperti vivo Malaysia, Gintell dan Pusat Perubatan Lifecare.


Dr Zyro Wong, Pengasas TKA2023 menegaskan bahawa TKA2023 adalah bukan sahaja simbol syarikat atau individu cemerlang, tetapi juga penggalak pelaburan mampan (ESG), dengan falsafah pelaburan dan penilaian korporat yang memfokuskan kepada persekitaran korporat, tanggungjawab sosial dan prestasi tadbir urus korporat.

Syarikat yang berhasrat untuk dicalonkan harus berdaftar secara sah di Malaysia, telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih dan mempunyai perolehan tahunan melebihi 1 juta ringgit.


The Knights Award 2023 akan diadakan pada Jun 2023 di The St. Regis Kuala Lumpur, di mana pelbagai anugerah akan disampaikan kepada pemenang. Pemimpin perniagaan, selebriti, KOL dan ramai lagi dijangka hadir pada majlis gilang-gemilang tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang The Knights Awards 2023, sila layari www.theknightsaward.com; sebarang pertanyaan sila hubungi Gabriel (Pengarah Komunikasi) di talian +6011-2332 3671.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA