HALEON LANCAR KEMPEN #BETTERORALCARENATION UNTUK MEMPERTINGKATKAN TABIAT KESIHATAN ORAL DI MALAYSIA


Masalah kesihatan oral dianggap boleh dicegah sebahagian besarnya melalui kebersihan oral yang berkesan, namun kewujudan masalah ini masih tinggi. Penyakit oral menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia menurut Laporan Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terkini. 

Di Malaysia, 94% daripada golongan dewasa Malaysia mempunyai masalah gusi dan 88.9% mengalami kaviti gigi seperti yang ditunjukkan dalam Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa (National Oral Health Survey of Adults, NOHSA) pada tahun 2010. 

Sebuah kajian berasingan oleh Haleon, iaitu antara penyedia terbesar dunia bagi pakar kesihatan oral dan pembuat Sensodyne, yang dijalankan dengan Kerjasama Kantar, juga menunjukkan 71% daripada rakyat Malaysia mengalami simptom sensitiviti gigi. Dalam usaha di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran kesihatan oral dan disokong oleh Bahagian kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Haleon telah bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Association, MDA) untuk melancarkan #BetterOralCareNation, iaitu kempen selama sebulan yang menyediakan pemeriksaan gigi percuma mulai 1 Mei selain aktiviti berbentuk pendidikan untuk menambah baik kefahaman kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon, berkata: “Sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia yang 100% memberikan tumpuan pada kesihatan harian, kami mempunyai peluang yang tersendiri untuk membantu memecahkan halangan sosial dan persekitaran yang menghalang orang ramai daripada kesihatan harian. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik tabiat kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia dan membina 1 kesedaran tentang keadaan kesihatan oral, seperti sensitiviti dan periodontitis, memandangkan perkara ini boleh dicegah menerusi kebersihan oral yang berkesan. Kami komited untuk menyokong peningkatan kesihatan oral harian, dan kami berasa teruja terhadap kerjasama kami dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk mendidik dan memperkasakan orang ramai tentang kepentingan kesihatan oral harian.” 

Dr. Lim Chiew Wooi, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), berkata, “Kes global berkaitan dengan penyakit oral telah meningkat sebanyak 1 bilion dalam tempoh 30 tahun yang lepas. Hal ini menunjukkan bahawa penyakit oral merupakan keadaan kesihatan yang lazim di seluruh dunia. Hanya 16% rakyat Malaysia melawat doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hakikat ini adalah membimbangkan, memandangkan pengabaian terhadap kesihatan oral bukan sahaja akan meningkatkan dengan ketara risiko menjadi terdedah kepada periodontitis atau hipersensitiviti dentin yang lebih tinggi, tetapi juga meningkatkan risiko untuk keadaan dan penyakit lain. Individu yang menderitai sebahagian jenis penyakit periodontal adalah sekali ganda mungkin dikesan menghidap penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan melalui gusi.” 

Penyakit oral seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih meluas dan telah dihubungkan dengan kesihatan sistemik yang lemah dan penyakit tidak berjangkit (noncommunicable diseases, NDCs), termasuk penyakit diabetes dan kardiovaskular. Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan kempen, jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan oleh doktor pergigian Haleon, Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi dengan kerjasama profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh untuk mendorong kesedaran, pendidikan dan kefahaman tentang impak kesihatan oral yang lemah termasuk hubungannya dengan kesihatan sistemik. 


Butiran tentang lokasi klinik dan aktiviti kempen akan tersedia melalui media sosial Sensodyne Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah berkunjung ke reruai pameran Sensodyne semasa pelancaran sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 peringkat Malaysia di Bank Negara Malaysia, yang dirasmikan oleh beliau pada 20 Mac 2023. 

Acara tersebut juga mengumumkan Dasar Kesihatan Oral Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk menjelaskan strategi dan tindakan bagi menyampaikan penjagaan kesihatan oral yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia selain memperkasa mereka untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!