CITA RASA TRADISIONAL MELAYU UNTUK BERBUKA PUASA DI THE RUMA HOTEL & RESIDENCES RAMADAN INI


Bulan Ramadan ini, The RuMa Hotel and Residences bakal membawakan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang kaya dan lazat ke meja makan anda! Hidangan buffet dengan aneka pilihan makanan akan berlangsung di SANTAI, restoran di tepi kolam renang di The RuMa Hotel and Residences.

Hidangan Tradisi: Edisi SANTAI

28 Mac – 20 April 2023

Berbuka puasa dengan orang tersayang di SANTAI. Chef Mohammad Rizuwan, Chef de Cuisine of Production Kitchen di The RuMa Hotel and Residences, bakal mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan cita rasa ala kampung dengan ramuan seperti ulam-ulaman kampung, pucuk paku, daun selom dan jantung pisang.


Hidangan bufet Ramadan di SANTAI juga akan menampilkan makanan kegemaran ramai seperti lemang, serunding daging, sate dan rendang ayam rendang yang dihidangkan bersama beraneka pilihan ulam-ulaman dan kerabu yang segar!

Kambing bakar 

Kambing Bakar

Makanan Laut BBQ

Ikan dan makanan laut BBQ

Aneka sos dan sambal untuk BBQ 

Ketupat Lemamng, Serunding dan Kuah Kacang

Telur Ikan Goreng Berlada

Asam Pedas Ikan Jenahak


Sambal Tumis Kupang Petai

Sotong Masak Lemak Cili Api

Limpa Masak Hitam

Kue Tiau Goreng Basah

Ayam Goreng Berempah

Rendang Pipi Sapi

Ayam Bakar

Sate

Sayur Masak Lodeh

Dalca

Pajeri Nenas Udang Kering

Gulai Kambing Kentang

Aneka Manisan Pencuci Mulut

Kuih-muih Tradisional Melayu

Jom jamu selera anda dengan hidangan bufet yang enak ini di The RuMa Hotel & Residence dengan harga RM 218 seorang. Diskaun 20% boleh didapati dengan pembelian sebelum 31 Mac 2023 di theruma.com.my. (tersedia untuk digunakan mulai 28 Mac 2023 – 16 April 2023). Promosi ini memerlukan tempahan yang dilakukan dua hari lebih awal dan tidak tersedia untuk ‘walk-in’.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila WhatsApp atau hubungi talian +603 2778 0614.


Eid Al-Fitr Delicacies

Kongsikan keindahan Ramadan bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan anda dengan kotak hadiah istimewa daripada The RuMa Hotel & Residence.

Bukan sahaja ia diisi dengan biskut raya seperti bunga dahlia, biskut kacang, pandan sable dan biskut cip coklat, kotak yang elegan ini juga mengandungi tiga jenis kurma dan sampul raya eksklusif. Harga RM 128 sekotak.

Tarikh ketersediaan: 13 Mac 2023 – 20 April 2023

Untuk tempahan, sila hubungi In-Room Dining Team di talian +60327780745 atau email IRD@theruma.com




Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING