MsMA 2023 EDISI MALAYSIA DILANCARKAN OLEH MILLIONAIREASIA UNTUK TERUS MEMPERKASA WANITA


Millionaireasia, dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Sustainable Development Goals yang mengadvokasikan pemerkasaan wanita, telah melancarkan Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 edisi Malaysia (Malaysia MsMA 2023 Web3 Influencer Competition), baru-baru ini dalam suasana gilang gemilang.

Acara pelancaran ini juga dianjurkan selari dengan hala tuju Hari Wanita Sedunia dan diserikan dengan kehadiran YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laksamana Negeri Sembilan. Selain itu, kehadiran personaliti serta figura-figura wanita yang berjaya di bidang masing-masing menguatkan lagi aura acara serta pertandingan yang dilancarkan bersesuaian dengan objektif utamanya iaitu menggalakkan kaum wanita untuk bersatu hati, meluaskan rangkaian mereka, berkongsi pengetahuan serta memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain dan seterusnya menggunakan segala ilmu dan kemahiran ini untuk meningkatkan jati diri serta kualiti hidup sehari hari.

Mengaplikasikan Empat (4) dari Tujuhbelas (17) Matlamat Pembangunan Lestari iaitu Tiada Kemiskinan, Tahap Kesihatan dan Kesejahteraan yang Bagus, Pendidikan Berkualiti dan Sifat Kerjasama, pelancaran Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 di Malaysia merupakan inisiatif utama dari Millionaireasia dalam memperkasa wanita terutamanya di Asia dan seterusnya menjadi aset kepada pembangunan dan kemajuan rantau agar dapat bersaing di pentas dunia.

Selari dengan misi Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac 2023 baru baru ini dan disambut sepanjang bulan Mac, pertandingan ini memberikan fokus yang tinggi kepada isu-isu sosial, ekonomi dan budaya wanita serta pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh wanita di dalam bidang-bidang berkaitan tersebut. Selain itu, ianya secara langsung juga menggalakkan rekaan peluang-peluang baru kepada wanita serta idea inovatif yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

Peter Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Millionaireasia (Asia Pasifik)

Menurut Peter Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Millionaireasia (Asia Pasifik) yang berpengkalan di Singapura, “Amat penting untuk kami nyatakan di sini bahawa MsMA 2023 Web3 Influencer Competition bukanlah pertandingan ratu cantik kerana pasti ada yang bertanya. Kami juga tiada sebarang tentangan kepada mana-mana penganjuran pertandingan ratu cantik, namun pertandingan MsMA 2023 ini lebih mendalam maksud serta pengisiannya. Ia lebih menjurus kepada matlamat, identifikasi jelas kepada peranan yang dimainkan serta sumbangan wanita bukan sahaja kepada keluarga, komuniti dan negara, tetapi kepada dirinya sendiri.

Beliau juga turut menjelaskan, “Untuk pengetahuan semua, MsMA adalah sebuah pertandingan yang direka khas bagi wanita berumur 18 tahun ke atas yang menekankan peri pentingnya penjenamaan diri, pembinaan idea dan seterusnya usaha dalam menggabungkan kedua-dua aspek ini kearah satu inisiatif yang dapat memberikan hasil dan dapat dikira nilai kuantitatifnya. Setakat ini, ianya telahpun dilancarkan di negara-negara lain di rantau ini antaranya Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

Pihak kami juga telah melantik mentor-mentor yang berkaliber dan berkredibiliti untuk memberikan tips serta nasihat kepada para finalis yang terpilih. Mentor-mentor ini kesemuanya merupakan pakar di bidang masing-masing dan mereka juga akan mepersiapkan finalis untuk menempuhi cabaran di pusingan akhir. Pemenang pertandingan ini bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak $1 juta Singapore Dollars. Selain itu, pemenang juga mungkin diberi peluang menjadi pelakon di dalam salah satu filem MsMA di masa akan datang dan ini tentunya dapat membuka peluang-peluang lain di peringkat yang lebih tinggi”.


Pertandingan yang unik ini juga menampilkan strategi tambahan yang dapat menambah pendapatan kaum wanita. Ini termasuk penukaran video para peserta yang menjadi pilihan serta mendapat reviu terbaik kepada bentuk Non-Fungible Tokens (NFT). NFT ini seterusnya boleh ditawarkan untuk jualan di platform global sebagai aset digital.

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia, tarikh tutup penyertaan pertandingan ini telah dilanjutkan kepada 21 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut tentang MsMA 2023 Web3 Influencer Competition dan pelbagai lagi maklumat penyertaan, silalah lawati www.millionaireasia.com

Ikuti Millionaireasia di platform media sosial Instagram via @millionaireasia.sg

Jika mempunyai sebarang soalan, anda boleh menulis kepada Millionaireasia di alamat e-mel msma@millionaireasia.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

DARI DUBLIN KE RESORTS WORLD GENTING: RONAN KEATING BERSEDIA UNTUK PERSEMBAHAN YANG MENAKJUBKAN DI ARENA OF STARS PADA 15 FEBRUARI!