ALAMILAH KEAJAIBAN ‘THE WORLD OF TIM BURTON’ DI PAVILION BUKIT JALIL DARI SEKARANG HINGGA JULAI 2023


Mencipta memori yang indah bersama orang yang tersayang dan menyemarakkan peminat seni dan filem dari segenap lapisan masyarakat, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan muzium pop-up bertaraf dunia yang dinanti-nantikan - ‘The World of Tim Burton.’ Dianjurkan oleh Toybox Projects Sdn. Bhd. - sebuah syarikat hiburan dan media pelbagai multinasional, pameran ini merupakan sebuah initiatif untuk memberikan kesedaran tentang sektor pelancongan negara melalui hiburan demi menarik pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun ini.

‘The World of Tim Burton.’ telah dianjurkan dengan jayanya di pelbagai negara terkemuka sejak tahun 2009 seperti China, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Jerman, Mexico, Belgium, Prague dan banyak lagi. Tahun ini, Malaysia dengan rasminya dinobat sebagai salah satu negara untuk menjayakan acara bertaraf dunia ini. Toybox Projects telah mendedikasikan usaha yang menyeluruh di dalam pelaburan, perbincangan, dan perancangan di dalam pelaksanaan acara bertaraf dunia dengan harapan untuk rakyat Malaysia dapat menikmati bentuk hiburan yang mempunyai permintaan yang tinggi

YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) berkata, “Kami berbangga untuk menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi tuan rumah bagi pameran ini. Ini menjadi bukti tentang kebolehan dan keupayaan sektor industri Kreatif Malaysia dan saya positif bahawa ianya bakal memberi inspirasi kepada pembuat filem, artis, dan penggiat seni kreatif untuk mempamerkan kemampuan mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Toybox Projects di atas usaha membawa pameran bertaraf dunia ini dan menyediakan platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan apa Malaysia Truly Asia mampu tawarkan.”

Para pengunjung berpeluang untuk mendalami arkib peribadi Tim Burton yang melakarkan hasil kreatif beliau dari zaman kanak-kanak hinggalah ke harini dengan lebih 500 lakaran, lukisan berwarna, foto, buku lakaran, imej bergerak dan arca yang memberi tumpuan kepada tema visual yang berulang dan motif yang selari dengan watak dan dunia yang boleh dijumpai di dalam filem dan seni yang dihasilkanya.

Tambahan lagi, muzium pop-up ini bakal mempamerkan 10 bahagian bertema yang mengandungi lakaran, lukisan, foto, video, dan seni media serta teaser karya terkini melalui replika studio peribadi beliau.

Tim Burton

BAHAGIAN 1 : PENGARUH

Kebolehan dan julat Tim Burton serta pengaruh pendahulunya dipamerkan di bahagian ini di mana hasil karya awal beliau dapat dijumpai. Lukisan dari zaman kanak-kanak beliau dan kerjaya awal mendapat pengaruh dari pelukis kartun klasik seperti Edward Gorey, Charles Addams, Don Martin dan Theodore Geisel (Dr. Suess). Nota kelas dan lakaran dari zaman pengajian beliu di California Institute of the Arts (CalArts) member gambaran tentang pengajian formal di dalam bidang seni. Pengaruh besar kaiju Jepun (raksasa), filem, pawagam ekspresionis, katalog filem seram Universal Studio, tokoh animasi stop-motion Ray Harryhausen, dan tokoh suspen Vincent Price turut dipamerkan di dalam hasil kerja bahagian ini.

BAHAGIAN 2 : MUSIM PERAYAAN

Tema filem yang berasal dari tempat Tim Burton membesar, Burbank, California merupakan sebuah kejiranan yang hanya meriah semasa musim perayaan. Mencerminkan kreativiti dari masyarakat yang suram, faktor ini banyak mempengaruhi karya-karya beliau - sama ada dalam bentuk penghargaan yang ikhlas atau sebagai sebuah satira. Ini termasuk buku puisi bergambar -, “The Melancholy Death of Oyster Boy and Other Stories” (1997) dan animasi stop-motion muzikal “The Night Before Christmas” (1993) yang menghubungkan perayaan Halloween dan Krismas secara seram dan ceria.

BAHAGIAN 3 : CARNIVALESQUE

Tema yang dipanggil “carnivalesque” merupakan gabungan antara komedi dan ngeri, dapat dilihat dari filem-filem Tim Burton seperti Beetlejuice (1988), Batman (1989), Alice in Wonderland (2010) dan Dark Shadows (2012) beserta lukisan-lukisan peribadi beliau. Contoh-contoh tersebut melambangkan hasil seni beliau mengharmonikan genre seram dan komedi. Paparan seperti lidah yang terbelit, mata yang terkeluar dan badut-badut beracun, disulami dengan aspek lelucon mencerminkan tema ini dengan jelas.

BAHAGIAN 4 : KARYA-KARYA FIGURATIF

Lukisan, warna dan arca yang tidak melibatkan hasil karya profesional Tim Burton merupakan koleksi peribadi beliau. Tim Burton menggambarkan dunia realiti tidak seperti yang diketahui umum tetapi bagaimana ia dilihat dari perspektif yang aneh dan susuk tubuh manusia. Di bahagian ini turut mempamerkan kajian beliau berkenaan Blue Girl with Wine dan The Green Man, ditempatkan bersama hasil karya akhir yang menonjolkan nilai estetika Tim Burton yang terkenal.

BAHAGIAN 5 : ORANG TERBUANG YANG DI SALAH ERTI

Tema seni dan filem Tim Burton yang paling dikenali ialah arketipikal—dan berkemungkinan autobiografi—"orang terbuang yang disalah erti." Watak bersimpati ini ditemui dalam projek dari filem pendek animasi stop-motion Vincent (1982) hingga filem blockbuster Hollywood Alice in Wonderland (2010). Termasuk dalam bahagian ini ialah lukisan dan maket konsep untuk Balloon Boy, pemasangan khusus yang mempunyai 22 tapak kaki yang ditempah khas oleh Muzium Seni Moden untuk lobi pintu masuknya semasa pembentangan sulung pameran Tim Burton. Ciptaan asli ini berwajah sayu dan merangkumi ciri-ciri orang terbuang yang disayangi artis.

BAHAGIAN 6 : WATAK FILEM

Bagi pengunjung yang mengenali filem Tim Burton - dari filem pertamanya, Pee-wee’s Big Adventure (1985) hingga ke filem terbarunya, Dumbo (2019) - bahagian ini mendalami watak dan dunia yang dikenali. Lukisan, video, nota skrop, papan cerita, boneka, dan maket persembahan menunjukkan bagaimana watak filem dihasilkan dari idea di dalam minda Tim Burton ke skrin di pawagam.

BAHAGIAN 7 : POLAROID

Menggunakan kamera instan berformat besar 20 x 24 yang jarang digunakan, Tim Burton menghasilkan beberapa cetakan Polaroid yang bersaiz besar di antara tahun 1992 hingga 1999. Foto-foto peribadi ini mencerminkan tema visual dan motif yang banyak muncul di dalam filem profesional beliau.

BAHAGIAN 8 : MENGELILINGI DUNIA

Kespontanan proses kreatif Tim Burton ditonjolkan didalam bahagian ini. Lakaran yang dihasilkan di dalam buku lukisan, kertas nota hotel, kertas tisu hotel merupakan tindak balas impuls hasil dari imaginasi beliau yang tidak tenteram. Perjalanan beliau ke serata di dunia yang merupakan gaya hidup sebagai seorang pengarah filem - lokasi penggambaran, festival filem, lawatan publisiti - memberikan inspirasi kepada subjek ini. Imejan hiper-realiti seperti mimpi yang terhasil mencerminkan persepsi Tim Burton terhadap orang dan tempat yang ditemui.

BAHAGIAN 9 : PROJEK YANG TIDAK DIREALISASIKAN

Hasil karya dari filem, televisyen, dan buku projek yang dihentikan di pelbagai tahap penghasilan menunjukkan tahap artistik beliau. Beberapa projek ini tidak pernah berkembang melebihi peringkat permulaan manakala projek lain dalam bahagian ini telah direalisasikan sepenuhnya tetapi tidak menggabungkan mana-mana konsep Tim Burton dalam produk akhir. Lakaran di dalam bahagian ini memberikan imbasan ke dalam projek yang tidak diketahui ramai sebelum ini yang mengesahkan kesinambungan tema dan motif juga menjadi inspirasi untuk reka bentuk pameran-pameran karya seni Tim Burton.

BAHAGIAN 10 : STUDIO ARTIS

Tim Burton adalah seorang artis bersendirian, sentiasa melukis, mewarna, dan merancang di studio kerjanya. Buat pertama kalinya, sebahagian daripada studio Tim Burton direplikasi sebagai cara untuk pengunjung merasai bagaimana keghairahan dan semangat artistik beliau. Lakaran dan lukisan pada papan gabus menampilkan karya yang berkaitan dengan projek semasa, termasuk hasil karya ciptaan beliau untuk arca pintu masuk pameran di Seoul dan projek siri TV baharunya, Wednesday.


Cik Yuri Aizawa, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Toybox Projects Sdn. Bhd dan Penganjur dan Penyampai bagi The World of Tim Burton berkata, “Kami dikenali sebagai pakar di dalam dunia hiburan Jepun. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 kami dan salah satu matlamat kami adalah untuk mengembangkan pasaran industri hiburan di Malaysia dan menghubungkan Jepun dengan Malaysia dan kini, ke seluruh dunia. Kami tahu “The World of Tim Burton” merupakan pilihan yang tepat bukan sahaja diatas populariti, kreativiti dan gaya ikonik beliau yang mampu menarik minat pelancong, tetapi dengan membawa pameran bertaraf dunia ini ke Malaysia sekaligus mengembangkan industri kreatif tempatan.

Tambahan pula, peminat Tim Burton berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang seni perfilman melalui masterclass maya bertajuk “Tim Burton’s Masterclass” yang di hos oleh Tim Burton sendiri pada 14 April 2023 dimana beliau akan menceritakan tentang seni perfileman, proses kreatif, dan perjalanan ke arah kejayaan di dalam industri hiburan dan filem.


Pengalaman istimewa untuk medalami hasil karya tokoh perfileman tersohor ini bermula 21 Mac 2023 hingga 30 Julai 2023 dan tiket boleh didapati di https://kol-nation.com/the-world-of-tim-burton-malaysia/ berharga RM 88 untuk orang dewasa, RM 68 untuk kanak-kanak dan warga emas, dan RM48 untuk OKU. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pas bermusim (kemasukan berulang kali) berharga RM 498 atau pakej VIP yang merangkumi pas bermusim, masterclass, buku The Art of Tim Burton dan barangan eksklusif yang ditandatangani pada harga RM 1,500.

The World of Tim Burton dianjurkan dan dipersembahkan oleh Toybox Projects Sdn. Bhd. dengan kolaborasi bersama Tim Burton Productions dengan kerjasama Eurasian Entertainment Consultants LTD (EEC) dan KOL Nation bersama Onecare Wellness™ sebagai penaja utama bersama:
  • Lokasi Pameran Rasmi - Pavilion Bukit Jalil
  • Hotel Rasmi - Pavilion Hotel Kuala Lumpur, Banyan Tree Kuala Lumpur
  • Radio Rasmi - 8FM, FlyFM
  • Media Pengiklanan Rasmi - 3thirds Inc
  • Agensi Perhubungan Awam Rasmi- Global Creative Media Agency (GCMA)
Untuk maklumat lanjut berkenaan The World of Tim Burton, sila layari: https://www.toyboxprojects.com/timburton

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI