ANUGERAH GURU INSPIRASI: MCDONALD’S TERUS JALIN KOLABORASI DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARGAI JASA GURU


Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran McDonald’s Malaysia kembali dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menghargai guru-guru yang telah banyak menabur jasa melangkaui tugas hakiki mereka bagi meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar dan membentuk pemimpin masa hadapan di Malaysia.

Pencalonan AGI McDonald’s 2023 kini dibuka bermula 20 Mac hingga 15 April 2023. Masyarakat Malaysia dialu-alukan untuk menghantar pencalonan guru mereka melalui penceritaan tentang guru mereka yang telah mengubah hidup di samping memberi impak yang positif kepada mereka.

Masyarakat Malaysia kini boleh menghantar pencalonan mereka sebagai tanda terima kasih dan menghargai guru-guru yang mereka sanjungi serta telah banyak memberi impak positif dalam kehidupan mereka. Pencalonan ini boleh dihantar ke: https://www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi

Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, bagi tahun ini McDonald’s Malaysia telah menambah lagi hadiah untuk 25 guru inspirasi yang terpilih dan para pencalon guru-guru tersebut. Bagi hadiah guru inspirasi, di samping baucer hadiah wang tunai bernilai RM5 ribu, trofi dan sijil, sekolah di mana guru-guru tersebut bertugas juga akan menerima peruntukan bernilai RM5 ribu untuk menambah baik bilik guru.

Bagi meningkatkan penglibatan pencalon dari kalangan murid-murid sekolah, setiap pencalon yang layak akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan. Sijil ini dapat menyumbang kepada markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) mereka di sekolah.

“McDonald’s sentiasa menyanjung tinggi sumbangan para guru yang telah banyak berkorban untuk pembangunan yang telah memberi impak positif kepada anak-anak bangsa baik dari pelbagai aspek, akademi, ko-kurikulum dan pembangunan karakter. AGI McDonald’s merupakan platform yang McDonald’s perkenalkan sejak 7 tahun lalu bagi tujuan menghargai para guru di seluruh negara,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“Tahun ini, buat pertama kalinya, McDonald’s Malaysia menyediakan peruntukan sebanyak RM5 ribu bagi penambahbaikan bilik guru kepada 25 guru inspirasi yang terpilih. Di samping itu, pencalon-pencalon pula yang terdiri dari kalangan murid, mereka akan diberi Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan,” tambah Dato’ Azmir lagi.

Kolaborasi bersama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi acara tahunan ini merupakan salah satu dari inisiatif McDonald’s Malaysia bagi menyahut seruan Menteri Pendidikan dalam Amanat Tahun Baharu 2023 yang mengalu-alukan penglibatan pihak-pihak korporat menerusi pelbagai projek seperti CSR bagi merealisasikan Pendidikan Manusiawi.

Selain dari majlis anugerah ini, McDonald’s juga akan menjemput para guru terpilih dari seluruh negara bagi menyertai sambutan Hari Guru di semua restoran McDonald’s dari 1 hingga 31 Mei 2023. Ini juga merupakan inisiatif McDonald’s bagi memeriahkan dan menghargai jasa serta komitmen guru-guru sebagai tulang belakang utama dalam komuniti dalam mendidik dan membentuk impak yang positif di kalangan murid-murid.

AGI anjuran McDonald’s Malaysia ini merupakan acara tahunan sejak 2017 dan telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidkan Malaysia. Sejak mula dianjurkan, AGI McDonald’s telah menjadi acara yang dinantikan dan berjaya menarik pencalonan pada setiap tahun.

Sehingga tahun 2022, AGI McDonald’s telah merekodkan sebanyak lebih dari 30,000 pencalonan. Seramai 131 orang guru inspirasi telah menerima AGI McDonald’s ini sejak tahun 2017.

Pemenang akan dipilih melalui proses pemilihan yang terperinci oleh panel hakim mewakili pihak McDonald’s Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pihak media.

Masyarakat Malaysia kini boleh menghantar pencalonan mereka sebagai tanda terima kasih dan menghargai terhadap guru-guru yang mereka sanjungi dan telah banyak memberi impak positif kepada kehidupan mereka. Hantarkan pencalonan anda ke:

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA