GAVIN YAP SINGKAP MEMORI HIDUP DAN MAKANAN MENERUSI NASKAH 'FORK IT'
Sajian nostalgia, identiti, dan rasa kasih bakal dihidangkan di pentas teater menerusi naskah solo separa autobiografi terbaru tulisan Gavin Yap dan Honey Ahmad bertajuk Fork It: One Man’s Journey Through Food & Memories. Pementasan sarat emosi ini akan menemui penonton dari 11 hingga 13 September 2026 di The Studio, Pusat Seni Persembahan Jeffrey Cheah, Sunway.
Menerusi naskah khas ini, pelakon versatil Gavin Yap menyelusuri liku hidupnya — daripada membesar sebagai anak kacukan, konflik mencari identiti, sehinggalah peranan keluarga dan kerjaya seni yang dibentuk menerusi setiap sajian bermakna dalam hidupnya.
Penceritaan bermula seawal penghijrahannya dari London ke Malaysia ketika berusia lima tahun, termasuk detik melucukan sewaktu mengalami 'kejutan budaya' ketika menikmati sarapan pertamanya di kopitiam. Penonton juga bakal dibawa mengimbas era remajanya yang penuh kekeliruan identiti, sehinggalah detik beliau mula meminati bidang lakonan menerusi koleksi filem Bruce Lee milik bapanya.
Uniknya, setiap memori suka duka ini ditelusuri semula menerusi setiap hidangan yang pernah mencorak perjalanan hidup beliau.
Maklumat pementasan:
Tarikh: 11 – 13 September 2026
Masa: 8:30 Malam (Malam) / 3:00 Petang (Petang)
Lokasi: The Studio, Pusat Seni Persembahan Jeffrey Cheah, Sunway
Harga Tiket: RM90 / RM120 / RM150 (Tempahan di platform Cloudjoi)
.jpg)
Comments
Post a Comment