TEMPAT-TEMPAT PALING SYOK DI PAVILION BUKIT JALIL UNTUK BERBUKA PUASA

Dalam kesibukan membeli-belah untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri di Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa untuk usha tempat-tempat yang menarik untuk berbuka puasa! Memang banyak restoran dan kedai makanan yang enak-enak di Pavilion Bukit Jalil ini.

Bawalah keluarga anda untuk berkongsi hidangan di Grandmama's yang menawarkan menu eksklusif set ‘Nasi Dulang Bukhari’ dengan pelbagai hidangan utama seperti ‘peha kambing rebus,’ ‘ayam panggang kunyit,’ ‘makanan laut,’ dan ‘daging rebus’. (Lokasi - Level 1 Orange Zone)

Persekitaran restoran ini adalah luas dan selesa dan sesuai untuk berbuka puasa. Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih ringan seperti kudap-kudapan tempatan, anda boleh ke Sedap by Grandmama’s. (Lokasi - Level 5 Pink Zone)

Gemarkan asam pedas? Jom kita ke D’Laksa untuk menikmati hidangan yang penuh keenakan seperti ‘Asam Laksa’, ‘Asam Lobsterball’, ‘Asam Fishball’ dan makanan kegemaran ramai di Malaysia - ‘Fruit Rojak’. 

Anda tidak perlu tunggu lama untuk menikmati hidangan anda di sini kerana seuanya dihidangkan dengan pantas. Harus dikunjungi terutamanya bila perut sudah berkeroncong dan masa berbuka semakin dekat. 

(Lokasi - Level 1 (Orange Zone)

Kedai yang baharu dibuka, Two Cents Hot Wings adalah tempat yang harus dikunjungi bagi mereka yang gmemarkan makanan pedas. Hidangan 'buffalo wings' ditawarkan dengan pelbagai tahap kepedasan dari ‘golden teriyaki’ sehinggalah ‘ghost pepper’. (Lokasi - Level 1 Pink Zone)


Kepadameeka yang inginkan kelainan untuk berbuka puasa, jom kunjungi restoran Mee Hiris China Muslim yang menawarkan masakan halal dari wilayah utara negara China. Terkenal dengan mi yang dibuat secara dihiris, daging rebus empuk dan ladu yang enak, pastinya restoran ini akan menawan hati dan selera anda ketika berbuka puasa. (Lokasi - Level 1 Pink Zone)


Simple Life! menawarkan hidangan yang berasaskan sayuran yang menjadi kegemaran mereka yang inginkan sesuatu yang lebih sihat dan segar – paling utamanya ramuan-ramuan yang digunakan adalah organik. Cubalah nasi perang, nasi dengan pelbagai bijirin dan cendawan goreng. (Lokasi - Level 1 Orange Zone)


Avokado merupakan sejenis makanan berkhasiat yang diberi status superfood. Anda boleh mendapatkan kebaikan avokado dalam bentuk smoothie di Bo The Avocado. Buah ini kaya dengan serat, folate, kalium, vitamin E, dan magnesium. Anda juga boleh mencuba makanan yang berasaskan avokado seperti Roti Bakar Avokado dan Kek Keju Limau Avo. (Lokasi -  Level 1 Pink Zone dan Level 5 Pink Zone) - di dalam  Blue Ice Snow Park)


Go Coconuts menawarkan pelbagai minuman yang berasaskan kelapa. Kaya dengan elektrolit dan kalium, air kelapa adalah minuman yang sesuai untuk menghidratkan semula badan setelah seharian berpuasa. Di Go Coconuts, anda boleh menikmati kebaikan air kelapa dengan pelbagai cara - sebagai minuman kocak (shake) dalam kopi atau dicampurkan dengan buah-buahan serta dalam puding! Memang menyegarkan dan berkhasiat (Lokasi - Level 1 Orange Zone)


Juicy menawarkan pelbagai minuman berasaskan buah-buahan seperti mangga, lemon, avocado dan tembikai susu. Jenama popular ini telah bekerjasama dengan pengedar buah-buahan tempatan untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan untuk jus anda! (Lokasi - Level 1 Pink Zone)


Kepada penggemar manisan, dapatkan kurtoskalacs, sejenis snek pastri manis tradisional negara Hungary di Rollney. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim cokelat atau vanila. (Lokasi - Level 5, Pink Zone)


Singgah ke Yogurt Cow untuk menikmati minuman dadih (yoghurt) yang rendah gula dan rendah kalori dengan perisa buah-buahan yang menyegarkan. (Lokasi - Level 5, Pink Zone)

Gemarkan cendol? Jom ke Kwong Wah Ice Kacang untuk menikmati  Ais Kacang dan Cendol yang terbaik di sini! Turut disajikan di sini adalah makanan kegemaran tempatan seperti Asam Laksa dan Chee Chong. (Lokasi - Level 3, Pink Zone)


Dapatkan susu kocak (milkshake) yang pekat di Perfect Ice, di mana anda boleh mendapatkan minuman yang sejuk dan menyegarkan ini dalam pelbagai perisa seperti pisang, vanila dan juga coklat pudina! Anda juga boleh mencuba aiskrim, croffle, snek Korea seperti Tteokbokki dan Kepak Goreng Korea di sini. (Lokasi - Level 1, Pink Zone)


Jangan lupa untuk membeli barangan keperluan untuk bersahur atau berbuka puasa di Pavilion Bukit Jalil. The Food Merchant menawarkan pelbagai produk runcit untuk memasak dan sebagainya. Di sini, anda pasti rambang mata untuk memilih pelbagai jenis buah kurma dan manisan dari Timur Tengah seperti baklava dan halwa Turki. (Lokasi - Level 1 Orange Zone)


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi 'Meriah Raya' Pavilion Bukit Jalil, lawati www.pavilion-bukitjalil.com, atau semak status terkini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-8092 8833.

Tonton IG Reel di SINI.






Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA