TARIAN SINGA KEMBALI LAGI DI RESORTS WORLD GENTING UNTUK EKSTRAVAGANZA AKROBATIK KE-14!


Bersedia untuk terpesona dengan malam-malam akrobatik yang memukau oleh penari-penari tarian singa yang tangkas melompat di udara secara serentak diiringi dengan gema irama gendang! Tarian singa adalah seni tarian Cina yang berusia berabad-abad dan sangat digemari sejak 2,000 tahun dahulu. Persembahan pantomim yang meniru sifat seekor singa yang suka bermain ini pastinya akan menghiburkan dan mencipta pengalaman budaya asli untuk penonton muda dan tua hari ini!

Selama 3 hari dari 4-6 Ogos di Arena of Stars, Resorts World Genting (RWG), peminat-peminat persembahan menawan yang bertukar menjadi sukan ekstrem ini akan menyaksikan persembahan memukau oleh kumpulan tarian singa kegemaran mereka dari seluruh dunia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Australia dan banyak lagi untuk Kejohanan Tarian Singa peringkat Dunia di Genting kali ke-14.

Kejohanan Tarian Singa peringkat dunia kali ke-14 ini menjanjikan persaingan yang lebih hebat dengan sorakan penuh keterujaan. Pusingan awal pertandingan dijadualkan pada 4-5 Ogos, dan pasukan teratas dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan kejohanan pada 6 Ogos.


“Resorts World Genting sangat teruja untuk menganjurkan acara tahunan ini sekali lagi kerana rakyat Malaysia dari semua kaum menyukai tarian singa,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden untuk Acara dan Hiburan di RWG.

Pemenang akan menerima pelbagai hadiah menarik dengan wakil dari serata dunia pada tahun ini dijangka bertambah. Juara tahun ini akan memenangi hadiah wang tunai AS$15,000, trofi dan pingat. Hadiah untuk pemenang tempat kedua dan ketiga ialah AS$8,000 dan AS$5,000, berserta piala dan pingat,. Baki lapan finalis masing-masing akan menerima trofi dan hadiah wang tunai sebanyak AS$1,500.

Trofi Raja Singa Timur dan Barat yang diidamkan sejak penubuhannya akan dianugerahkan kepada pasukan terbaik dari negara Asia dan Barat. Sebagai tambahan kepada anugerah terkenal ini, lebih banyak hadiah akan turut diberikan: Anugerah Dram Emas khas, yang dipilih oleh panel penilai dan Anugerah Pilihan Penonton, yang diundi oleh penonton sendiri!

Para hadirin pasti akan disajikan denga tarian singa yang terbaik di dunia dalam persaingan sengit untuk gelaran dan hadiah berprestij ini.


Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda ke kejohanan tarian singa perdana dunia sekarang! Harga tiket adalah seperti berikut:
  • Pas 1 Hari: RM60.00 (PS2 – Tempat duduk bebas)
  • Pas 3 Hari: RM230.00 (PS1 – Tempat duduk bernombor), RM140.00 (PS2 – Tempat duduk bebas)
Harga tiket untuk Kanak-kanak kurang daripada ketinggian 95cm (tanpa tempat duduk) ialah RM50. Ahli kad Genting Rewards layak untuk membeli tiket melalui tunai, kad kredit atau penebusan GP. Bayaran pemprosesan tambahan RM4 akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi RWG.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI