PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN 'MERIAH RAYA' BERSAMA KUCING OREN IKONIK, GARFIELD


Pavilion Bukit Jalil memulakan sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini dengan tema 'Meriah Raya' yang menarik dengan kerjasama Nickelodeon's Garfield. mulai sekarang hingga 25 April 2023, di mana para pengunjung boleh meraikannya dengan ikon kucing kesayangan semua, Garfield, yang menyambut Ulang Tahun ke-45 tahun ini, sambil menikmati keindahan hiasan hari raya meriah.


Pelbagai persembahan dan aktiviti yang menghiburkan, bazar hari raya yang meriah dan promosi penebusan eksklusif disediakan untuk semua pengunjung.

Majlis pelancaran sambutan ‘Meriah Raya’ telah disempurnakan oleh Encik Shahrin Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Pelancongan Malaysia; Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Regal Path Sdn. Bhd; Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, KLPSB; Cik Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran, KLPSB; Encik. Dennis Tan, Naib Presiden, Jenama dan Pemasaran Runcit, Paramount Consumer Products Asia; dan disaksikan bersama oleh para penyewa, pengunjung dan 120 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan dan anak yatim sekitar Bukit Jalil, termasuk Surau Mustaqim PPR Pinggiran Bukit Jalil, Sri Rakyat Apartment Bukit Jalil dan PPR Bukit Jalil.


"Pavilion Bukit Jalil tahun ini mempersembahkan kempen sambutan hari raya ‘Meriah Raya’ yang melambangkan kemeriahan dan semangat masyarakat Malaysia sejati yang bersatu dalam perayaan. Dengan adanya lebih 400 kedai yang meriah, Pavilion Bukit Jalil telah menjadi sebuah destinasi membeli-belah yang menjadi pilihan utama di rantau ini dari segi F&B, aktiviti riadah bandar dan membeli-belah. Kami ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua, kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Perancang Runcit Pavilion Bukit Jalil.

Bertepatan dengan amalan berbuat baik di bulan Ramadan, Pavilion Bukit Jalil juga bakal menyumbangkan lebih 5,000 paket Milo kepada penunggang e-hailing dan penghantaran makanan serta rumah anak yatim dan warga emas di sekitar komuniti Bukit Jalil.

MERIAH BERSAMA GARFIELD

Para pengunjung boleh menerokai Centre Court Pavilion Bukit Jalil dihiasi indah dengan suasana hari raya yang meriah, di mana mereka boleh merakam gambar dengan latar belakang yang cantik dan bertemu si kucing oren ikonik Nickelodeon, Garfield. 

Dennis Tan, Naib Presiden, Jenama & Pemasaran Runcit, Paramount Consumer Products Asia berkata, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah bilangan peminat Garfield terus meningkat naik. Kami teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-45 Garfirled yang pertama di seluruh Asia Tenggara dengan acara istimewa ini bersama-sama dengan Pavilion Bukit Jalil! Kami berharap semua aktiviti menarik ini akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan menyerlahkan sifat-sifat Garfield yang menarik dari dalam diri semua orang!”

Selain daripada berpeluang untuk bergambar dengan beberapa arca watak Garfield, pera pengunjung juga boleh menyertai sesi bertemu dengan Garfield pada pukul 2 petang dan 6 petang setiap Sabtu dan Ahad mulai 26 Mac dan dengan perbelanjaan minimum RM100 di Pavilion Bukit Jalil. 


Untuk masa terhad mulai sekarang hingga 25 April 2023, para pembeli berpeluang untuk menebus hadiah edisi terhad eksklusif seperti;
  • Paket Hijau Garfield ‘Meriah Raya’ – dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit
  • Beg Jinjing Garfield ‘Meriah Raya’ - dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit
  • Baucar Beli-belah RM50 – dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit
Selain itu, penebusan menggunakan resit daripada jenama kelengkapan rumah & kediaman terpilih termasuk LG Puricare, Hooga, Epitex, HOHM, duluKINI, Iconfraft, Nitori dan More Design layak untuk menyertai  Cabutan Bertuah Meriah bagi memenangi baucar beli-belah sehingga RM50.


Jangan lupa untuk singgah di Bazar Meriah Raya di Centre Court, Aras 2 yang menampilkan gerai-greai seperti duluKINI, GIFTOLOGY, The Body Shop, Krispy Kreme, Diamond Dotz, Yuniku, DUBAI by Food Republic dan banyak lagi untuk melengkapkan persiapan hari raya anda.

AKTIVITI-AKTIVITI MERIAH

Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti dan promosi yang hebat bakal disediakan termasuk Bazar Raya-Raya dari 13 - 17 April 2023 di PIAZZA, Aras 3 yang menghimpunkan lebih 50 gerai yang menjual kuih raya, snek yang sedap, hiasan rumah, fesyen Muslimah. dan sebagainya.


Para penggemar filem juga dapat mengalami dunia kreatif Tim Burton di pameran ‘The World of Tim Burton’, yang dianjurkan buat kali pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil dari 20 Mac - 31 Julai 2023. Pameran luar biasa ini menampilkan beberapa karya terbaik pembuat filem yang menjangkau lima dekad melalui 10 bahagian bertema yang menarik.

Pertandingan 3x3 Athos Giant juga bakal dianjurkan pada 31 Mac - 2 April di Piazza. Ia akan dilancarkan oleh YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Para pengunjung juga boleh mengunjungi REX HOME EXPO dari 22 – 24 April 2023 di PBJEC untuk mendapatkan hiasan dalaman dan luaran rumah, peralatan elektrik, produk kelengkapan rumah dan sebagainya.


MERIAH MAKAN-MAKAN

Kepada mereka yang ingin menganjurkan sesi 'buka puasa' atau perjumpaan hari raya, Pavilion Bukit Jalil menawarkan pelbagai kedai makanan dan minuman mesra muslim, dengan lebih 150 pilihan F&B. Dapatkan makanan dan minuman untuk berbuka puasa di Mahnaz Food, D'Laksa, The Food Republic, Sukiya, Gramdmama's, Seniman dan Mee Hiris China Muslim. Bagi penggemar pencuci mulut, Rollney's, Inside Scoop, Perfect Ice, dan Yam Fresh pastinya akan menawan selera anda! 


MERIAH MEMBELI-BELAH

Dapatkan harga tawaran terbaik untuk menyiapkan kelengkapan rumah untuk berhari raya – kunjungi King Koil Roadshow untuk melihat katil mewah, tilam premium dan aksesori peralatan tempat tidur dari 24 Mac - 2 April. Jerayawara Harvey Norman dari 2 Mac - 9 Mei juga akan menbawakan pelbagai pilihan peralatan elektronik dan elektrik serta kelengkapan rumah dalaman dan luaran dengan harga yang menarik.

Lengkapkan gaya hari raya dengan busana dan aksesori raya dari duluKINI, Kashkha, DUCK, Swarovski dan SK Jewellery atau wangian dan produk kecantikan yang menarik daripada Arabian OUD dan Alha Alfa. 

Serlahkan kecantikan anda untuk hari raya di salun kecantikan di Pavilion Bukit Jalil seperti Sothys, Skinz Sanctuary, Hair Tric and Lashility, A-Look dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Meriah Raya’ Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com, atau ikuti laman Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!