BONIA RAYA 2023: KOLABORASI ‘B-RASA SAYANG’ BERSAMA AMELIA HENDERSON


Musim Raya ini, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dengan gaya nostalgia retro untuk kempen Raya istimewa yang menampilkan pelakon jelita, Amelia Henderson. Dengan sentuhan warna-warna meriah, biru diraja dan jingga, Koleksi BONIA x AMELIA membawakan beg, kasut dan busana sedia untuk dipakai yang boleh digayakan bukan sahaja ketika lawatan berhari raya malah untuk majlis-majlis kasual selepas musim Raya.


Koleksi BONIA x AMELIA menampilkan rangkaian beg, baju sejuk (sweater), gaun panjang, kasut dan kasut tumit dalam 3 warna yang serasi dengan keindahan jenama BONIA dan menepati cita rasa Amelia sendiri.




"Kerjasama dengan BONIA untuk Raya bagai impian yang telah menjadi kenyataan," kata Amelia Henderson. “Saya sentiasa menjadi peminat jenama ini dan koleksi istimewa ini yang amat menepati jiwa saya. Saya harap para peminat saya akan menyukai hasil kolaborasi ini!”


Koleksi #BONIAxAMELIA boleh didapati di butik BONIA dan dalam talian mulai 26 Mac 2023.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?