FOODPANDA KINI BEROPERASI SEBAGAI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN PERTAMA DI RESORTS WORLD GENTING


foodpanda kini beroperasi di Resorts World Genting (RWG) sebagai perkhidmatan penghantaran makanan pertama di destinasi pelancongan popular itu. Kerjasama ini membolehkan para pengunjung meluangkan lebih banyak masa menikmati pemandangan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan di kawasan tanah tinggi itu selain daripada beratur membeli makanan. 

Dalam kerjasama antara foodpanda Malaysia, salah satu penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka di Malaysia, dan RWG, pusat peranginan tanah tinggi bersepadu terunggul di Malaysia; pelanggan boleh menikmati makanan dari restoran terbaik tanpa perlu beratur dengan membuat pesanan dan mengambilnya kemudian, atau dihantar kepada mereka. 

Rakan penghantaran ikonik foodpanda yang lengkap berseragam merah jambu akan membuat perjalanan naik dan turun di jalan berbukit pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, mengambil hidangan enak dari beberapa lokasi di RWG seperti SkyAvenue, First World Plaza, Genting Premium Outlet, Resorts World Awana dan Gohtong Jaya Baru. 

“Kami berbesar hati kerana RWG mengiktiraf kehadiran dan kepakaran jenama foodpanda Malaysia yang mantap dalam memberikan pengalaman baharu bagi memenuhi keperluan vendor dan pelanggan kami, yang seterusnya membolehkan semua orang menikmati kemudahan dan keseronokan tambahan yang ditawarkan oleh RWG,” kata Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong. 

Tambah beliau, sebagai sebuah organisasi yang berkembang pesat atas kecemerlangan teknologi dan operasi, foodpanda Malaysia menemui sinergi dengan RWG, yang menawarkan pelbagai pilihan restoran yang memenangi anugerah dan pengalaman aktiviti hiburan dan riadah yang tiada tandingannya. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee berkata, “Resorts World Genting berbesar hati dan teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama besar perkhidmatan penghantaran pantas seperti foodpanda dan berharap kerjasama penghantaran makanan ini dapat membawakan lebih banyak pengalaman yang hebat kepada pelanggan kami. Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang akan memperkayakan lagi keseluruhan pengalaman tetamu kami.” 

Antara restoran yang boleh didapati di dalam aplikasi dan laman sesawang foodpanda ialah Flavours of Genting, di mana tat nanas dan biskut duriannya yang dibakar segar dan menyelerakan boleh dihantar terus kepada pelanggan di mana sahaja mereka berada. 

Restoran-restoran lain termasuklah Medan Selera, Motorino Pizzeria @ Highline, Harry Ramsden, Jom Makan, The Bakery, Cha Chaan Teng, Il Lago dan Ayu Awana. Bagi meraikan kerjasama itu, foodpanda Malaysia telah menganjurkan ‘flash mob’ pada minggu lepas, di mana 30 penari telah menghiburkan para pengunjung di SkyAvenue sambil diiringi irama muzik daripada kumpulan K-pop terkemuka, Blackpink sebelum disusuli oleh acara pemberian cenderahati dan barangan berjenama. 

Duta jenama foodpanda kesayangan ramai, Pau-Pau, bersama-sama dengan maskot RWG Allie the Elephant, turut beramah mesra dengan pengunjung pusat membeli-belah itu yang berpusu-pusu mahu merakamkan swafoto mereka dengan dua watak comel itu dalam satu kemunculan yang belum pernah disaksikan sebelum ini. 

Untuk tempoh yang terhad, pelanggan foodpanda di RWG boleh menikmati diskaun 50% dengan menggunakan kod NEWPANDA, dihadkan setakat RM10 tanpa nilai perbelanjaan minimum. 

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

ZURICH MALAYSIA MENINGKATKAN SOKONGAN TERHADAP KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN SUMBANGAN ZAKAT RM60,000 KEPADA YAYASAN EZ PRIHATIN