NIKMATI KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA FRESHABLE DENGAN BAUCAR PULANGAN TUNAI DAN DISKAUN PREMIUM!


Freshable, perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak yang inovatif, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan dengan kerjasama Live It Up!. Dari 1 Mac hingga 21 April 2023, Freshable akan menawarkan pilihan hidangan yang sedap dan sihat untuk Sahur dan Iftar, bersama baucar pulangan tunai dan diskaun untuk perkakas masakan premium.

Freshable adalah pasukan pakar F&B yang berkongsi satu visi untuk mencipta perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak. Ia ingin mencipta perubahan dalam cara memasak di rumah dengan menyediakan bahan-bahan tersedia dipotong dalam pelan juadah yang telah disukat tepat, dan dihantar terus ke pintu rumah anda, lantas memberikan penyelesaian mudah untuk memasak hidangan yang seimbang nutrisi di rumah.

Menu Ramadan Freshable tahun ini menampilkan empat belas hidangan premium Timur Tengah dengan satu juadah sampingan dan dengan setiap pembelian, pelanggan akan menerima sekotak kurma Medjool. Hidangan ini direka khas untuk mengambil kira nutrisi, kesihatan, logistik makanan dan rantaian bekalan untuk memastikan hanya bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi sahaja digunakan. Resipi-resipi ini direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan diet, dengan menawarkan pilihan rendah karbohidrat, rendah natrium, rendah kalori, tinggi protein, sesuai untuk pesakit kencing manis serta pelbagai pilihan vegan dan vegetarian.

Untuk meraikan musim perayaan ini, pelanggan yang membeli kit makanan bernilai RM150 atau lebih dari laman web Freshable akan menerima baucar pulangan tunai yang bernilai antara RM10 hingga RM30, sah dari 1 Mac hingga 30 April 2023. Selain itu, Freshable bekerjasama dengan Live It Up! untuk menawarkan diskaun sehingga 80% untuk rangkaian produk Zwilling dan Zwiesel yang dipilih, termasuk Set 5 Perkakas Memasak Zwilling Trueflow, Set 16 keping Peralatan Makan Zwilling Bela, Set 6 keping Zwiesel Glas Show dan banyak lagi. Pelanggan yang telah membeli sekurang-kurangnya satu daripada empat belas hidangan utama dari rangkaian Kempen Ramadan ini di laman web Freshable layak untuk menikmati diskaun ini dengan menunjukkan resit mereka di kedai Live It Up! di 1Utama.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Freshable, Adeline Tang, berkata, "Di Freshable, kami bukan hanya menyelesaikan masalah waktu makan. Kami membawa misi untuk mengubah persepsi orang ramai tentang makanan, dengan menawarkan alternatif yang lebih sihat dan mudah. Matlamat utama kami adalah untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan pengambilan makanan seimbang di samping mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan meminimumkan pembaziran makanan dan mengoptimumkan rantaian bekalan. Misi kami ini didorong oleh penghargaan kami terhadap makanan dan keyakinan bahawa setiap orang berhak mendapat akses kepada hidangan yang lazat dan berkhasiat, terutamanya semasa Ramadan ini."


Layari www.freshable.co untuk mula mengisi troli pembelian anda dan ikuti Freshable di Facebook atau Instagram untuk mengetahui berita dan menu-menu terkini mereka. Ramadan ini, jadikan Freshable juadah Sahur dan Iftar anda untuk hidangan ringkas, sihat, dan menyelerakan.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI