SWAROVSKI LANTIK MIRA FILZAH SEBAGAI WAJAH KEMPEN HARI RAYA 2023
Hari Raya Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan bersama insan-insan yang dikasihi, untuk bertemu mesra, melakar kenangan manis sambil memenuhi naluri untuk bergaya sempena keistimewaan harinya. Tradisi ini terus disuburkan dalam kempen baharu Swarovski yang membawakan keriangan, kebersamaan, dan keindahan setelah melalui tempoh masa yang amat penting dalam bermuhasabah diri dan memupuk kesyukuran.
Pelakon, peragawati dan usahawan Mira Filzah membintangi kempen kali ini. Dalam usaha menjelmakan glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas untuk bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri, dan menghulurkan hadiah serba indah sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan yang dikasihi.
Menurut Mira Filzah, “Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals yang bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sambutan. Inilah masanya untuk bersama insan-insan yang disayangi - tiada yang lebih indah meraikannya selain bersama Swarovski.”
SAMBUTAN INDAH BERSERI
Seleksi Swarovski untuk Hari Raya disemarakkan dengan serbaneka warna menyerlah dan rekaan-rekaan menakjubkan yang tentu sahaja menyentuh perasaan, menikmati keindahan dan kemeriahan bersama. Amat sesuai dan padan sebagai perhiasan diri ataupun sebagai cenderamata bagi sesama.
Antara rekaan-rekaan hebat yang menawan dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia. Tersedia dengan kemasan warna emas dan kemasan rose gold, gubahan-gubahan ini mudah digayakan dan dipadankan agar tampak anggun atau mewah. Sesuai dengan rona-rona hijau tradisional Ramadan, rumpun Millenia menampilkan gaya-gaya baharu halus dengan Kristal hijau tua, manakala bagi rumpun Swan Ikonik pula, swan Swarovski digubah semula dengan Kristal hijau pavé segar yang bercahaya bagai bulan purnama dan berkerdipan laksana bintang.
Seleksi Hari Raya ini ditawarkan untuk pembelian secara eksklusif di gedung-gedung Swarovski Malaysia dan secara dalam talian melalui Swarovski.com.
Comments
Post a Comment