TAYANGAN FILEM PECAH PANGGUNG PERCUMA UNTUK PELANGGAN ASTRO


Astro dengan berbesar hati memberikan previu komplimentari saluran filem terpilih di televisyen dan Astro GO kepada semua pelanggan Astro mulai 11 hingga 21 Februari 2021, sebagai penghargaan atas kemenangannya di Putra Brand Awards 2020 baru-baru ini.

Pelanggan Astro boleh menikmati hiburan tanpa henti dari filem pecah panggung terhebat di saluran HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) dan tvN Movies HD (CH416). Antara filem yang ditayangkan termasuklah Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn dan Spider-Man: Far From Home di HBO, dan Bad Boys for Life serta Little Women di Fox Movies. Kanak-kanak pula boleh menyaksikan filem animasi popular Despicable Me 2 dan komedi-aksi Sonic The Hedgehog di HBO. Sementara itu, peminat filem Korea disajikan dengan sekuel Train To Busan iaitu Peninsula, serta Okay! Madam, Tazza: The High Rollers dan Love + Sling di saluran tvN Movies.

Digelar ‘Anugerah Pilihan Rakyat’, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukur berdasarkan pilihan pengguna.



Astro juga melanjutkan tontonan komplimentari Pek Kanak-Kanak dan saluran Berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari. Pelanggan Astro juga boleh menikmati previu komplimentari saluran HITS Movies HD (CH401) yang menampilkan filem-filem popular 60-an hingga 90-an seperti Jaws 3-D, Edward Scissorhands dan Back To The Future di televisyen dan Astro GO hingga 21 Februari 2021.

Nota: Previu komplimentari saluran filem di FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415) dan FOX Family Movies HD (CH414) hanya boleh ditonton di televisyen sahaja.

Comments