LENOVO MALAYSIA PERKENALKAN SIRI KOMPUTER RIBA YOGA BAHARU

Yoga Slim 9i

Lenovo baru-baru ini melancarkan rangkaian Lenovo Yoga terkini di Malaysia, membawakan inovasi Yoga yang direkacipta dengan teknologi dan gaya yang anggun untuk kegunaan harian pengguna yang mempunyai citarasa yang sofistikated:


Yoga 9i

Yoga 9i – Dikuasai oleh cip pemprosesan Intel® Core Generasi ke-11, computer riba Yoga 9i menampilkan sampul kulit asli berwarna hitam – yang disatukan pada kasis aluminium gred kejuruteraan aeroangkasa untuk daya tahan yang lebih lasak, dan dilengkapi oleh Glass Palm Rest dari hujung ke hujung dengan permukaan licin untuk sentuhan.


Yoga Slim 9i
 

Yoga Slim 9i – Direkacipta untuk pengguna moden, Yoga Slim 9i adalah antara computer riba yang paling ringan dan paling nipis dengan hanya tebal 13.9mm dan berat 1.29kg. Ia dikuasai oleh cip pemprosesan yang laju dan responsif  Intel® Core™ Gen ke-11. 


Lenovo Yoga Slim 7i Carbon 

Yoga Slim 7i Carbon ­– Dikuasai oleh platform Intel® Evo™, computer riba Yoga Slim 7i Carbon yang ringan ini menampilkan kemasan sampul Moon White yang menawan, anggun,mudah dibersihkan dan anti-kesan cap jari. Tambahan lagi, dari sekarang sehinggal 31 Mac, para pembeli bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300 termasuk Microsoft Office Home & Student, Morgan Mini Fridge, beg galas Targus Urban, dan hab 3-dalam-1 Type C.


Yoga 6 AMD

Yoga 6 AMD – Komputer riba 13.3-inci yang berkuasa tinggi, Yoga 6 AMD, dikuasai oleh cip pemprosesan AMD Ryzen™ 4000 Series, dengan grafik AMD Radeon (opsyenal) untuk membantu pengguna-pengguna menghabiskan tugasan mereka dengan lancar dan pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lenovo.com/my/en/ dan ikuti Lenovo di LinkedIn, Facebook, Twitter, YouTube, Instagram, Weibo dan dapatkan berita terkini di StoryHub.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM