WAFFLES + MOCHI - SIRI KEMBARA MASAKAN BAHARU DI NETFLIX


Tayangan perdana Waffles + Mochi bakal berlangsung pada  16 March 2021 di Netflix. Siri Original Netflix ini adalah satu jemputan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mendekati dapur dan mengenali budaya masakan dari serta dunia.

Dengan bantuan watak-watak baharu seperti pemilik pasar raya dan tukang kebun di atas bumbung, Mrs. Obama, dan kereta ajaib, Waffles dan Mochi bakal mengembara mengelilingi dunia untuk mendapatkan ramuan memasak  dengan mengunjungi dapur, restoran, ladang dan kediaman serta memasak bersama chef-chef terkenal, suri rumah, kanak-kanak dan selebrtiti.


Saksikan pengembaraan mereka memilih ubi kentang di Andes, Peru, mencuba rempah-ratus di Italy, atau membuat Miso di Jepun, dan dalam masa yang sama menemui keajaiban dalam masakan dengan rakan-rakan baharu.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.netflix.com/wafflesandmochi.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

SHOWCASE EKSKLUSIF "ELLIOT JAMES REAY" DI THE EXCHANGE TRX 17 JANUARI INI