‘SMK: STUDY SQUAD’ CATAT 1.46 JUTA TONTONAN

 

Program ‘SMK: Study Squad’ di Astro Tutor TV mencatatkan sejumlah 1.46 juta tontonan, sekaligus menjadikannya rancangan akademik dengan jumlah tontonan tertinggi di negara. 

Program ini merupakan sebahagian daripada kandungan pendidikan yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Astro bagi membantu pelajar membuat ulangkaji pelajaran oleh kerana penutupan sekolah. Ketiga-tiga saluran Tutor TV di Astro – CH601 untuk sekolah rendah, CH602 untuk menengah rendah, dan CH306 untuk menengah atas – juga boleh di strim melalui on demand dan aplikasi Astro GO. 

Sebagai tambahan kepada kandungan yang terdapat di saluran Tutor TV, Upped iaitu portal pendidikan dalam talian baharu oleh Astro, dihasilkan untuk membantu semua pelajar Malaysia membuat rujukan pendidikan dengan lebih berkesan, secara percuma. 

Terdapat pelbagai video akademik yang berasaskan sukatan pembelajaran sekolah di Upped, termasuklah program TV Pendidikan serta kandungan Astro seperti ‘Misi Studi SPM’, ‘Pelan A+ SPM’ dan juga pengisian menarik tentang STEM melalui program ‘Dekoded’ dan ‘STEMSASI’. Pelajar juga boleh memuat turun nota-nota ringkas yang disediakan oleh guru-guru ‘Pelan A+ SPM’. Layari Upped sekarang di www.upped.com.my

‘SMK: Study Squad’ membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dengan modul ulangkaji untuk mata pelajaran utama; Bahasa Melayu, Bahasa Inngeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi, berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah. 

Bagi memeriahkan lagi sesi ulang kaji, penyanyi popular Wany Hasrita, pelawak Atu Zero, penyampai radio MY FM Lizz Chloe, serta barisan pelakon siri komedi Astro Ceria ‘SMK’ turut terlibat untuk memberikan motivasi kepada pelajar, sebagai dorongan untuk bersama-sama mengulangkaji pelajaran dengan ‘squad’ menarik ini. 

‘SMK: Study Squad’ bersiaran pada setiap Rabu, jam 3 petang di Tutor TV 602 dan Astro Ceria (CH611 HD, CH631 SD). Calon SPM pula boleh mengikuti segmen istimewa ‘30 Hari Menjelang SPM’ di Tutor TV 603. Untuk 30 hari berturut-turut pada jam 5 hingga 7 petang, calon SPM boleh mengulangkaji pelajaran melalui pelbagai program seperti ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’. Program-program tersebut meliputi kesemua mata pelajaran teras termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta subjek elektif seperti Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, dan Geografi. 

Komited untuk memastikan semua pelajar mendapat akses yang sama kepada kandungan pendidikan, Astro bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan jam siaran program TV Pendidikan di Tutor TV, iaitu 10 pagi & 3 petang setiap hari bagi sekolah rendah (CH601), dan 11 pagi & 4 petang bagi sekolah menengah (CH603). 

Dengan lebih 170 episod baharu, siaran TV Pendidikan di Tutor TV ini merangkumi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan sebagainya. 

Untuk pilihan tontonan lebih fleksibel, semua program pendidikan Astro boleh distrim melalui on demand dan aplikasi Astro GO, serta Astro PVR Box dan Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA