JENAMA PENJAGAAN KULIT NO.1 UK, BOOTS KINI DI 7-ELEVEN MALAYSIA

 

Berita baik untuk para penggemar jenama penjagaan kulit nombor satu United Kingdom, Boots! Kini, produk-produ Boots boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven yang terpilih berhampiran anda!

Diasaskan hampir 170 tahun lalu, jenama Boots masih kekal di hati pengguna-pengguna di segenap lapisan masyarakat di serata dunia. Kini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan produk-produk Boots yang menjadi kegemaran ramai seperti rangkaian Boots Vitamin C Brightening, rangkaian Boots Cucumber, koleksi Boots Korean Sheet Mask, produk-produk penjagaan kulit dan rambut Boots Ingredients, dan rangkaian Boots Sun Protection.

Jangan lupa untuk mendapatkan rangkaian penjagaan kulit Boots untuk kulit yang lebih cantik dan berseri. Seleksi Boots Vitamin C Brightening diperkayakan dengan 2X ekstrak YUZU dan mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi untuk memberikan efek pencerahan tona kulit dalam masa 7 hari.



Siri Boots Cucumber mengandungi khasiat timun yang menyejukkan dan mempunyai vitamin yang menjadikan kulit lebih terhidrasi, lembut dan cantik. 



Koleksi Boots Korean Sheet Mask pula diperkayakan dengan ekstrak semula jadi untuk wajah lebih berseri, bermaya dan terlindung daripada kekeringan.


Para pengguna juga boleh mendapatkan kemujaraban ramuan asli di dalam rangkaian produk penjagaan kulit dan rambut Boots Ingredients yang mengandungi pelbagai khasiat superfood yang menjadi komponen kepada rambut dan kulit yang cantik. 




Rangkaian produk Boots Sun Protection pula mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Ia juga mengandungi ekstrak the hijau dan memberikan perlindungan sepenuhnya daripada sinar UVA dan UVB yang merbahaya.


Buat masa kini, terdapat lebih 40 produk di bawah jenama Boots tersedia secara eksklusif di kedai-kedai 7-Eleven yang terpilih dengan harga serendah RM6.90 dalam pelbagai kategori produk seperti penjagaan kulit, penjagaan rambut, gel mandian, masker muka dan pelindung sinaran matahari. Lebih banyak produk penjagaan kulit Boots akan dipasarkan melalui lebih banyak kedai-kedai 7-Eleven dalam masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.7eleven.com.my atau ikuti lama Facebook rasmi di 7ElevenMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"